Kerajaan Sabah, PDRM tidak halang Ebit Lew teruskan misi bantuan di Semporna
21:02 Feb 02, 2021  |  By SabahKini2
Kerajaan Sabah, PDRM tidak halang Ebit Lew teruskan misi bantuan di Semporna

Siapa halang UEL? Kerajaan Negeri dan PDRM tidak pernah halang. Malah UEL dialu-alukan. Shafie Apdal MP Semporna dan Bekas Ketua Menteri Warisan pun gagal menolong orang Semporna termasuk 'Bajau Pala'u'. Itu yang UEL berjaya tunjukkan.

KOTA KINABALU: Polis tidak menghalang sebarang penganjuran aktiviti kebajikan anjuran sukarelawan termasuk misi bantuan yang dilakukan pendakwah bebas, Ebit Lew.

Bagaimanapun, kesemua sukarelawan itu digalakkan untuk merujuk dengan pihak berkuasa seperti polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu atas faktor keselamatan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali merujuk kepada kenyataan dikeluarkan Ebit Lew mendakwa dihalang daripada menjalankan misi bantuan di pantai timur Sabah.

"Polis atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) tidak pernah menghalang atau mengeluarkan sebarang arahan untuk menghentikan program Ustas Ebit Lew di kawasan itu.

"Kita tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau tindakan untuk menghalang program yang dianjurkan oleh pihak sukarelawan seperti Ustaz Ebit Lew.

"Bagaimanapun, mereka digalakkan untuk merujuk dengan pihak berkuasa seperti polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu atas faktor keselamatan semata-mata," kata beliau dalam satu kenyataan pada Selasa.

Cubaan Warisan melagakan polis dan netizen

Sementara itu portal milik Warisan dlihat cuba melaga-lagakan kenyataan Ketua Armada Papar Azrul Ibrahim yang tular mengenai alasan keselamatan Ustaz Ebit Liew dengan memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Sabarudin Rahmat sebagai bukan alasan keselamatan tetapi faktor kebenaran masuk pengurusan dan kawalan pihak Taman-taman Sabah.

Bagaimanapun kenyataan itu dilihat bercanggah dengan Ketua Polis Sabah selain faktor kebenaran masuk oleh agensi berkaitan isu keselamatan juga perkara utama

Menurut Hazani, polis mengalu-alukan kerjasama mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan program amal kebajikan bagi membantu golongan yang memerlukan.

"Ada juga kenyataan yang ditularkan di media sosial mengaitkan Perintah Berkurung dikuatkuasakan meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

"Perintah berkenaan dikeluarkan adalah bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah.

"Ia tidak kena-mengena dengan program yang dianjurkan sukarelawan atau pihak NGO di mana-mana kawasan di negeri ini.

"Cuma kita minta beliau rujuk dengan pihak berwajib adalah bagi mengenal pasti status pulau dan penduduk terbabit," katanya.

Perintah Berkurung ESSZONE

29 Januari lalu PDRM mengumumkan Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang 30 januari akan lagi selama 14 hari sehingga 14 Februari.

 

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali ketika itu berkata, perintah berkurung itu meliputi perairan Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau dan menyeru orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dilarang menghampiri atau berada di kawasan diisytihar antara jam 6 petang hingga 6 pagi.

"Perintah ini diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau peranginan.

Terdahulu, tular kenyataan daripada pendakwah bebas itu melalui Facebooknya bahawa beliau diminta untuk menghentikan bantuan selain memaklumkan bahawa beliau boleh dikenakan hukuman denda RM100,000 atau penjara tiga tahun.

 

Kenyataan itu dilihat dirujuk melalui Taman-taman Sabah mengenai kebenaran atau pembinaan bangunan di Taman-taman Sabah. Pasukan UEL perlu berbincang dengan agensi yang mengurus pulau atau Taman-taman Sabah jika mahu mendirikan bangunan di kawasan berkenaan. 

Isu-isu lain yang perlu diselesaikan ialah mengenai penduduk kampung atau pulau terdiri daripada penduduk Bajau Laut atau ‘Palaau’ yang dikenali sebagai ‘stateless’ tanpa negara yang majoritinya bukan rakyat Malaysia

Penduduk 'Stateless' etnik Pala'u atau 'Gipsi Laut' tanpa kad pengenalan atau dokumen ini sejak sekian lama menjadi masalah kepada Negeri Sabah. Kehadiran mereka dikesan sejak 300 tahun lalu, dengan menjadikan perahu sebagai rumah dan hidup secara nomad di laut. Sehingga kini sekalipun rakyat tanpa negara termaktub dalam konvensyen PBB namun Malaysia belum meratifikasi piagam itu dan berhak tidak menerima individu tanpa kerakyatan dalam wilayahnya.

Namun atas dasar perikemanusiaan, Sabah beri keistimewaan khas dan kelonggaran kepada kaum Bajau Laut seperti tidak dihantar pulang ke negara asal yang turut dilakukan terhadap pelarian politik dan mereka bergerak bebas di perairan Malaysia-Filipina.

Kerajaan Negeri Nafi halang Ebit Liew

Sementara itu Kerajaan negeri Sabah menafikan ada mengeluarkan arahan melarang penceramah bebas, Ebit Lew meneruskan kerja amal di pantai timur Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata pihaknya juga merujuk sama ada polis atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) ada mengeluarkan larangan terhadap penceramah berkenaan.

"Kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang larangan kepada sesiapa sahaja untuk melaksanakan kerja kebajikan di negeri ini. Polis dan ESSCOM juga menyatakan perkara sama.

"Cuma, di pantai timur Sabah tertakluk kepada peraturan perintah berkurung, malah dilarang pergi ke tempat tertentu kerana ada risiko keselamatan.

Datuk Arifin Arif  Menteri Tugas-Tugas Khas yang menjaga portfolio agama juga berkata Kerajaan Negeri mengalu-alukan sentuhan dakwah Ebit Lew di Sabah.

 

 

Ustaz Ebit Lew dilayan dengan baik oleh anggota keselamatan


Kegagalan Shafie MP Semporna- Semporna ‘Biggest Shithole’

Satu mesej paling besar ditunjukkan oleh Ustaz Ebit Lew misi bantuannya di Semporna terutama kepada masyarakat Bajau Pala'u ini ialah Ahli Parlimen Semporna selama ini khususnya Datuk Seri Shafie Apdal Presiden Warisan yang juga bekas Ketua Menteri Sabah gagal membantu sendiri rakyatnya di kawasan itu.

Tiada yang menghairankan apabila satu video antarabangsa diterbitkan oleh "Captain George Official" menobatkan Semporna kawasan Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal sebagai kawasan paling teruk dan terkotor di Malaysia.

[ARTIKEL BERKAITAN- Video Antarabangsa nobatkan Semporna Kawasan Shafie sebagai ‘Biggest Shithole’ In Malaysia ]

Orang luar pun tahu apa yang ada di Semporna

3 Comments