Peter Anthony, Warisan beri mesej jadi pembayar saman individu langgar SOP di Sabah
02:02 Feb 03, 2021  |  By SabahKini2
Peter Anthony, Warisan beri mesej jadi pembayar saman individu langgar SOP di Sabah

Meraih simpati dengan undang-undang. Mesej Peter dan Warisan ialah sesiapa saja pesalah individu melanggar SOP PKP, Peter dan Warisan akan membayarnya. Rakyat bebas melanggar SOP. Jadi rakyat langgar SOP minta saja RM1000 daripada Peter.

KOTA KINABALU: KDM TV milik Peter Anthony melaporkan kejadian lapan penduduk kampung di Tenom Sabah yang dikenakan kompaun RM1,000 seorang ketika dalam perjalanan membeli barang keperluan di pekan Tenom sengaja ditular bagi meraih simpati dan pembelaan netizen

Pelbagai alasan diberikan termasuk terdesak membeli barangan, pemandu van sapu kasihan sehingga terpaksa mengambil lebih 50 peratus penumpang dan bermacam lagi eleman simpati dimainkan.


KDM TV ni kemaruk 'Peter'

Susulan laporan terancang itu naib presiden Warisan yang juga ADUN Melalap, Datuk Peter Anthony, tampil membayar kompaun penduduk terbabit dari Kampung Angalor itu lebih pantas dari netizen yang mengutip derma bagi membayar 8 orang penduduk itu.

“Atas nilai kemanusiaan, saya rasa terpanggil untuk membantu mereka membayar kompaun itu kerana saya memahami situasi dan keadaan penduduk kampung yang tinggal jauh dari kawasan pekan.

“Selain itu, ada antara mereka yang tidak mempunyai akses internet dan televisyen untuk mengikuti perkembangan semasa terutamanya yang berkaitan dengan SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata Peter

Peter berkata sejurus mengetahui masalah penduduk berkenaan, beliau terus ke bank mengeluarkan wang untuk menyelesaikan kompaun penduduk berkenaan.

Peter tiada halangan akan terus berusaha membayar saman pihak yang melanggar SOP PKP.

PDRM bersimpati- Pemandu Kereta sapu mahu untung

Sementara itu Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali mengakui bersimpati dengan nasib lapan penduduk kampung di pedalaman Sabah yang dikompaun RM1,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, beliau berkata, tindakan itu dibuat demi memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya mematuhi SOP PKP bagi memastikan pandemik Covid-19 dapati dilandaikan.

Menurut beliau, pihaknya amat memahami keadaan masyarakat terutama ketika tempoh PKP dan cukup bertoleransi terutama kepada kereta sapu dan masyarakat di negeri ini.

“Saya simpati dengan mereka (penduduk kampung) terutama pada kereta sapu..kita cukup bertoleransi namun ada yang seolah-olah ‘cacing naik ke mata’ apabila sewenang-wenangnya melanggar SOP PKP dan menggunakan sentimen alasan kebajikan bagi menutup kesalahan yang dilakukan.

“Mereka tidak tahu sangat (berkenaan SOP) tetapi oleh kerana si pemandu kereta sapu yang mahu mengaut untung lebih ini, pihak polis kena ambil tindakan,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah baru-baru ini.

Mengulas mengenai KDM TV milik Datuk Peter Anthony itu Hazani berkata, paparan video yang dimuat naik dan ditularkan adalah satu bentuk provokasi kepada pasukan keselamatan yang selama ini begitu banyak menggunakan kuasa budi bicara selama tempoh PKP dikuatkuasakan.

Menurut beliau, ini kerana, jika PDRM melaksanakan sepenuhnya SOP PKP yang dikuatkuasakan, maka lebih banyak kompaun akan dikenakan.

“Justeru, kami menasihati masyarakat supaya mematuhi SOP PKP yang dikuatkuasakan.

“Bermula hari ini juga, saya akan memastikan semua Ketua Polis Daerah (KPD) dan barisan hadapan untuk mengambil tindakan tegas dan tanpa kompromi bagi mana-mana individu yang melanggar SOP PKP kini.

“Polis juga akan mengambil tindakan terhadap kereta sapu di seluruh negeri ini,” katanya.

Mesej Langgar SOP Warisan dan Peter Anthony akan bantu bayar

Tindakan membayar kompaun kepada penduduk kampung oleh Datuk Peter Anthony adalah satu tindakan politik meraih simpati dan memberi mesej sesiapa juga rakyat Tenom boleh terus melanggar SOP dan Datuk Peter sebagai wakil rakyat akan membayar saman itu.

Menurut sumber tiada rayuan dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan yang berkuasa kepada Akta 324 itu untuk pengurangan kompaun dan hanya terus dipanjangkan kepada ahli politik seperti Datuk Peter untuk penyelesaian kompaun.

Dengan pembayaran saman RM1000 kepada pihak melanggar SOP PKP maka selepas ini rakyat Sabah boleh meneruskan amalan ini melanggar undang-undang dan memohon kepada Warisan atau Datuk Peter Anthony bagi penyelesaian saman RM1000.

Mungkin juga jika ada penduduk yang dijangkiti Covid-19 selepas ini bolehlah terus meminta bantuan dengan Warisan dan Peter. Khidmat mereka dibuka sekarang.

Dijangka Akta 342 Kawalan Penyakit Berjangkit akan dipinda dibawah ordinan Darurat menambah kadar kompaun. Dengan pindaan ini nanti Datuk Peter dan Warisan akan lebih bermurah hati untuk membayar kompaun bernilai lebih RM1000.

51 Comments