3.05 juta RELA bersolidariti ‘tembak’ Shafie Apdal sehingga demonstrasi depan rumah
02:01 Jan 17, 2018  |  By SabahKini2
3.05 juta RELA bersolidariti ‘tembak’ Shafie Apdal sehingga demonstrasi depan rumah

RELA berpendapat kenyataan Shafie Apdal itu sangat mengelirukan terutamanya kepada masyarakat Sabah dan ia merupakan satu penghinaan kepada 3.05 juta ahli RELA di seluruh negara

PUTRAJAYA: Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) kesal dengan kenyataan yang dibuat Presiden parti Warisan Sabah (Warisan), Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal yang mempersoalkan kredibiliti dan memperlekeh peranan anggotanya yang ditugaskan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

"RELA berpendapat kenyataan presiden parti itu sangat mengelirukan terutamanya kepada masyarakat Sabah dan ia merupakan satu penghinaan kepada 3.05 juta ahli RELA di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan di Putrajaya.

Hanya anggota terpilih RELA bertugas di Esszone dari 3.05 juta anggota RELA

Menerusi video yang tular di laman sosial semalam, Mohd Shafie ketika berucap dalam program Bicara Presiden Warisan di Tuaran, Sabah dilihat mempertikaikan tindakan menempatkan anggota RELA yang kononnya tidak mahir dalam mengendalikan senjata api untuk penugasan di Esszone.

"Jabatan ini ingin menjelaskan bahawa pada 29 September tahun lalu, Mesyuarat Lembaga Penasihat Esszone telah meluluskan penglibatan anggota Rela dalam membantu menjaga keselamatan di 10 daerah kawasan Esszone. Anggota RELA dipilih dikalangan penduduk tempatan ditugaskan membantu keselamatan setempat melalui rondaan komuniti dan saluran maklumat".

Sambil ketawa (rujuk video) memperlekeh RELA Shafie dilaporkan berkata bahawa anggota RELA hanya sesuai untuk perkhidmatan kawalan trafik di majlis-majlis kenduri sahaja.

RELA berkata anggota yang dipilih untuk penugasan itu perlu melalui kursus asas dan kursus khas penugasan Esszone termasuk pengendalian senjata api yang dikendalikan oleh PDRM, ATM dan Esscom.

Sementara itu  beberapa laporan polis dibuat oleh pasukan RELA di beberapa buah daerah seperti Tawau, Semporna, Sandakan, Tuaran dan Kota Belud telah dibuat terhadap Shafie Apdal yang menghina 3.05 juta anggota RELA di negara ini.

“RELA bukan pandai pakai senapang, tidak tahu menembak, tidak belajar bagaimana pakai bom, yang dia tahu kalau ada kenduri dia jaga trafik". Kata laporan itu

Rela Negeri Sabah

RELA Tawau Lapor Polis

Laporan Rela di Tawau

 

Laporan Polis RELA Sandakan

 
Laporan RELA Semporna


DEMO ANGGOTA RELA di kediaman Shafie Apdal di Semporna


Laporan Polis RELA Tuaran terhadap Shafie Apdal

 

 

Laporan Polis Rela Kota Belud

 

Semakan Sabahkini2 di media sosial menunjukkan netizen dan ramai anggota RELA sangat marah kepada Shafie Apdal Presiden Warisan itu.

Anggota Rela di Semporna turut mengadakan demonstrasi di kediaman Shafie di Semporna sebagai protes terhadap Shafie Apdal

Pengguna facebook Bajau Kuvang dari Semporna membuat catatan dalam facebooknya ramai rakan dan ahli keluarga yang menjadi anggota Rela pernah berpanas hujan dan penat lelah merasa bangga ditugaskan di rumah kediaman Shafie Apdal merasa terhina

“cuba bayangkan apa perasaan mereka, bila tersedar rupanya selama ini, rasa bangga dan penat lelah mereka bukan sahaja tidak dihargai malah dipandang rendah dan diperlekeh oleh Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal”. Katanya


Komen-komen dalam facebook RELA MALAYSIA

Penghinaan Shafie telah membangkitkan solidariti RELA di negara ini. Dijangka akan banyak laporan polis dibuat hari ini mendesak Shafie Apdal meminta maaf dan menarik balik kenyataannya. Walau apapun alasan Shafie bersama penggiat Warisan apa untungnya Shafie mempertawakan RELA sambil menghina RELA tidak tahu menggunakan senjata dan hanya terlibat majlis-majlis kenduri sahaja. 

 

1 Comment