[VIDEO] Konsesi Peter AK Kontraktor gagal, bayaran berjuta tapi Jalan Kg Manduring Beluran sangat teruk!
09:02 Feb 06, 2021  |  By SabahKini2
[VIDEO] Konsesi Peter AK Kontraktor gagal, bayaran berjuta tapi Jalan Kg Manduring Beluran sangat teruk!

Kontrak konsesi Peter AK Kontraktor RM 325 juta dalam 5 tahun atau RM65 juta setahun bagi 437.52 KM iaitu kira-kira RM148,564.64 perKM. AK Kontraktor 'claim' berjuta tapi Jalan Kampung Manduring gagal dilaksana. Rakyat susah Peter Untung!

Semalam tular harian metro melaporkan keadaan laluan Jalan Bintang Mas Kampung Manduring Beluran yang dikatakan sangat teruk menyebabkan khidmat anggota bomba dan penyelamat terpaksa digunakan untuk menjemput kanak-kanak sakit di Kampung Manduring.

Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari itu, kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun terpaksa dikejarkan ke Hospital Beluran selepas menghidapi penyakit jangkitan kuman di perut.

Namun, keadaan laluan ke kampung itu yang sangat teruk menyebabkan ambulans sukar sampai ke rumah mangsa menggunakan sebuah pacuan empat roda ke lokasi sejauh 36 kilometer dari BBP Beluran.

"Pasukan bomba berjaya membawa keluar mangsa dan menyerahkan kepada pihak ambulans," katanya

Warisan jadikan isu- Senjata makan tuan

Seperti biasa Warisan biasanya mereka terlupa semasa mereka berkuasa 26 bulan lalu janji mereka untuk menyelesaikan masalah jalan hanya 2 tahun tetapi sehinggalah Warisan hilang kuasa mereka seperti mabuk laut menyerang kerajaan yang usianya kurang 200 hari.

Warisan terlupa konsesi Jalan Bintang Mas Kampung Manduring Beluran itu dilantik oleh Datuk Peter Anthony bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur merupakan kroni mereka dibawah 5 konsesi selenggara jalan secara rundingan terus yang kontroversi didedahkan Sabahkini2 sebelum ini.

Lagi banyak jalan Warisan dan PH dedahkan dalam tempoh setahun ini lagi banyak ‘projek songlap’ terdedah. Kontrak mereka dengan kerajaan negeri sangat berat sebelah dan kos selenggara jalan mereka 40 kali ganda lebih tinggi.

[ARTIKEL BERKAITAN-  Skandal 'Rundingan Terus' RM1.5B syarikat kroni Peter Anthony, SPRM perlu segera siasat, serbu]

[ARTIKEL BERKAITAN- Kantoi lagi Peter Luluskan kontrak 5 tahun Projek JKR kos 40 kali ganda lebih tinggi untuk kroni ]

 

AK Kontraktor Sdn Bhd konsesi Selenggara Jalan Zon Sandakan, Beluran, Tongod dan Kinabatangan 

Masih ingat siapa AK Kontraktor Sdn Bhd? Rakyat Sabah jangan lupa nama ini.

Syarikat AK Kontraktor Sdn Bhd diberi projek RM 325 juta dalam 5 tahun atau RM65 juta setahun bagi 437.52 KM iaitu kira-kira RM148,564.64 perKM. Kamu rasa berapa agaknya AK Kontraktor untung di Jalan Bintang Mas Kampung Manduring ini?

 




Syarikat AK Kontraktor Sdn Bhd  dengan modal berbayar RM1 juta ini sebenarnya milik Datuk Peter berdasarkan atas nama Safineh bin Doto kroni yang terlibat dalam skandal pembelian tanah ladang Tongod. Kes ini kini didakwa di mahkamah dibawah pengubahan wang haram (AMLA) dan pecah amanah melibatkan peguam Michael P Ubu. Wang transaksi kes rasuah ketika itu adalah antara Asli Jati Engineering dan Budiman Juta Sdn Bhd milik Peter Anthony.

 

Jalan Bintang Mas Kampung Manduring Beluran

Mengikut rekod AK Kontraktor sememangnya gagal melaksana projek Selenggara Jalan Zon Sandakan, Beluran, Tongod dan Kinabatangan.  Jalan Kampung Manduring yang tular sepatutnya telah diselenggara namun gagal dibuat oleh konsesi. Konsesi mahu tuntut bayaran tetapi kerja tak dibuat. Ini berdasarkan bukti video dan bergambar sebagaimana tular.


Ini Jalan Manduring yang gagal diselenggara AK Kontraktor

Kegagalan AK Kontraktor menyelenggara jalan bukan hanya setakat di jalan Manduring ini tetapi juga ditempat lain di Zon Sandakan, Tongod dan Kinabatangan. Sabahkini2 telah mendedahkannya sebelum ini. 

[ARTIKEL BERKAITAN- JKR Sabah terus bayar syarikat konsesi 'kroni' ratusan juta, Peter Anthony kutip hasil beli pemimpin GRS? ]

 

Semua jalan ini dalam senarai konsesi AK Kontraktor Sdn Bhd tetapi
konsesi tidak pernah menyelenggaranya

 
Semua konsesi lantikan Peter Anthony bekerja atas dasar 'diketuk' atau selepas tular dibalun baru bekerja. Belum termasuk arahan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Bung Moktar agar konsesi segera menyelenggara jalan yang rosak. Menamatkan konsesi mungkin menyebabkan kerajaan membayar pampasan yang tinggi. 

Ada banyak lagi aduan rakyat terhadap 4 konsesi kroni Peter Athony ini. Lebih tular jalan yang rosak lebih rajin konsesi bekerja. Kita lihat ke mana AK Kontraktor Sdn Bhd Peter buat kerja,  AK Setia Bina milik Syarikat Sarawak bertahan, Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd  milik Taikun Azam Jaya Tan Sri Joseph Lo bertindak dan konsesi misteri Syarikat Sinaran Mewah  Sdn Bhd yang beroperasi dari kondominium mewah keluar dari sarangnya. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Jalan Zon Utara Teruk, Tapi kroni Peter ‘Sinaran Mewah’ kontrak RM325 juta di Lido Avenue Kondo terus kaya! ]

Jalan Zon Utara Teruk, Tapi kroni Peter ‘Sinaran Mewah’ kontrak RM325 juta di Lido Avenue Kondo terus kaya!

 

8 Comments