Shafie Apdal hina anggota RELA sebagai biadap dan kurang ajar- Huan Cheng Guan
12:01 Jan 17, 2018  |  By SabahKini2
Shafie Apdal hina anggota RELA sebagai biadap dan kurang ajar- Huan Cheng Guan

Kenyataan Shafie Apdal bahawa RELA kononnya tidak tahu menggunakan senjata api adalah tidak tepat dan merupakan satu fitnah yang jahat.

PUTRAJAYA: Datuk Huan Cheng Guan mengecam kenyataan Presiden Warisan, Dato’ Seri Shafie Apdal yang mempersoalkan kredibiliti, keupayaan, serta peranan anggota RELA yang ditugaskan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone).

Huan yang juga Timbalan Komisioner Rela Kehormat, berkata kenyataan Shafie Apdal yang dilakukan di khalayak umum merupakan satu kenyataan yang biadap dan kurang ajar. Ini kerana beliau langsung tidak menghormati pengorbanan dan usaha yang diambil rela dalam menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat di Esszone. 

“Kenyataan beliau bahawa RELA kononnya tidak tahu menggunakan senjata api adalah tidak tepat dan merupakan satu fitnah yang jahat.

Anggota RELA yang ditugaskan di Esszone telah melalui kursus asas RELA dan kursus khas penugasan Esszone yang dikendalikan oleh pihak PDRM, ATM dan ESSCOM”. katanya 

Shafie Apdal dalam ucapannya Program Bicara Presiden Warisan di Tuaran, Ahad lalu menerusi sebuah video berdurasi 21 saat yang telah tular mempertikaikan tindakan menempatkan anggota Rela yang tidak mahir dalam mengendalikan senjata api untuk penugasan di Esszone.

Beliau didakwa turut mengeluarkan kenyataan bahawa anggota RELA hanya sesuai untuk perkhidmatan kawalan trafik di majlis-majlis kenduri sahaja.

Penghinaan Shafie Apdal kepada anggota RELA itu menyebabkan kemarahan kepada 3.05 juta ahli anggota RELA di negara ini sehingga beberapa bahagian RELA di Sabah seperti Semporna, Kota Belud, Tuaran, Sandakan, Tawau dan Labuan melaporkan kepada polis terhadap Shafie Apdal yang menghina anggota RELA di negara ini.




KENYATAAN PENUH MEDIA DATUK HUAN CHENG GUAN 

- Tindakan Shafie Apdal hina anggota RELA biadap dan kurang ajar

1. Saya merujuk kepada satu klip video dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal yang telah mempersoalkan kredibiliti, keupayaan, serta peranan anggota RELA yang ditugaskan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. 

2. Memetik kata - kata Shafie Apdal:

"RELA bukan pandai pakai senapang, tidak tahu menembak, tidak belajar bagaimana pakai bom, yang dia tahu kalau ada kenduri dia jaga trafik". Katanya sambil mempertawakan RELA

3. Secara peribadi, kenyataan Shafie Apdal yang dilakukan di khalayak umum merupakan satu kenyataan yang biadap dan kurang ajar. Ini kerana beliau langsung tidak menghormati pengorbanan dan usaha yang diambil rela dalam menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat di Esszone. 

4. Lebih mengejutkan, kenyataan beliau bahawa RELA konon-nya tidak tahu menggunakan senjata api juga adalah tidak tepat dan merupakan satu fitnah yang jahat. Anggota RELA yang ditugaskan di Esszone telah melalui kursus asas RELA dan kursus khas penugasan Esszone yang dikendalikan oleh pihak PDRM, ATM dan ESSCOM. 

5. Ini secara langsung telah meningkatkan keupayaan anggota RELA sebagai barisan kedua dalam menjaga keselamatan di sempadan negeri ini daripada diceroboh oleh anasir luar. Akhir sekali, saya ingin menggesa Shafie Apdal untuk memohon maaf kepada hampir 3 juta orang anggota RELA kerana tindakan kurang ajar dan biadap beliau dalam menghina mereka walhal mereka mengorbankan masa dan tenaga dalam mempertahankan tanah negara yang tercita ini. 

Datuk Huan Cheng Guan
Timbalan Komisioner Rela Kehormat.

 

1 Comment