COVID-19: Kerajaan Sabah benarkan pekerja asing tamat pas kerja bekerja secara sah di Sabah
06:02 Feb 09, 2021  |  By SabahKini2
COVID-19: Kerajaan Sabah benarkan pekerja asing tamat pas kerja bekerja secara sah di Sabah

Pengeluaran dokumen bergantung kepada syarat ketat, pekerja asing sudah ada di Sabah, memiliki pasport negara masing-masing, tamat pas kerja tidak diperbaharui kerana Covid-19 dan syarat lain ditetap JIM

KOTA KINABALU: Menghadapi pandemik Covid-19, Kerajaan negeri akan melaksana Program Regularisasi dan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja untuk mengurus dan menyelaras pendatang asing bagi membenarkan mereka bekerja secara sah di negari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, program itu akan dilaksana dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia, Sabah tertakluk peraturan ketat

Pengeluaran dokumen bergantung kepada syarat tertentu dimana, pekerja asing sudah ada di Sabah, memiliki pasport negara masing-masing, mesti berasal dari negara-negara yang dibenarkan untuk bekerja di Sabah selain mereka yang telah tamat pas kerja tidak dapat diperbaharui kerana pandemik atau lain-lain syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen.

Semua majikan yang mengupah pekerja asing wajib ujian saringan Covid-19.

Ujian saringan Covid -19 boleh dilakukan di klinik dan hospital swasta secara berjadual dan berperingkat.

Kerajaan tidak berkompromi dalam hal berkaitan kesihatan dan keselamatan rakyat di negeri ini.

Selain itu Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTKS) bersama dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan (JKKP) dan Pertubuhan keselamatan Sosial (Perkeso) sedang menjalankan operasi penguatkuasaan untuk mewajibkan majikan untuk menjalankan ujian saringan Covid-19 kepada pekerja asing.

Beliau berkata, kit ujian RTK antigen dibiayai oleh Perkeso bagi yang mencarum dengan Perkeso dan majikan hanya perlu membiayai kos perkhidmatan yang dikenakan oleh klinik panel dalam kos RM40 hingga RM80 bagi setiap pekerja.

Masidi berkata, majikan juga boleh menghubungi satu atau lebih klinik panel bagi menjalankan ujian saringan ini di premis majikan.

Untuk pekerja asing yang tidak mencarum dengan Perkeso, majikan hendaklah membiayai kos saringan ditanggung sepenuhnya oleh pihak majikan.

“Mana-mana majikan yang telah membuat ujian saringan Covid-19 kepada pekerja asing mereka, perlu melaporkan melalui aplikasi Mycare yang boleh  dilayari dalam laman web Perkeso www.perkeso.gov.my.

“Mereka juga perlu memaklumkan kepada pihak JTK Sabah dengan mengisi borang maklumat ujian saringan kesihatan pekerja asing yang boleh di muat turun di laman Web JTK Sabah http://jtksbh.mohr.gov.my,” jelasnya.

 

 

3 Comments