COVID-19: FDI Malaysia menjunam 68% mampukah Malaysia bangkit semula?
10:02 Feb 09, 2021  |  By SabahKini2
COVID-19: FDI Malaysia menjunam 68% mampukah Malaysia bangkit semula?

Malaysia masih kekal sebagai salah satu negara ekonomi yang kompetitif di dunia. Sekalipun UNCTAD melaporkan FDI Malaysia jatuh 68% World Bank Ease of Doing Business Ranking 2020, Malaysia berada di tangga ke-12 daripada 179 negara. Malaysia perlu bangki

Pelaburan Asing Pemangkin Ekonomi Negara

1. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah di laksanakan oleh Kerajaan Malaysia pada awal tahun lepas telah berjaya membendung pandemik Covid-19. Kejayaan ini terbukti dengan Malaysia telah diberi pengiktirafan sebagai antara 5 negara terbaik di dunia di dalam menangani pandemik Covid-19. Namun begitu, sejak beberapa bulan yang lepas, jumlah kes jangkitan Covid-19 telah meningkat secara konsisten sehinggakan jumlah kes harian Covid-19 terus mencapai rekod tertinggi melebihi 5000 kes sehari didahului Negeri Selangor melalui kluster tempat kerja ‘ kilang dan pembinaan’.

2. Ketika Kerajaan Malaysia berusaha untuk mengawal penularan Covid-19 ini, Kerajaan Malaysia juga berusaha untuk menjana ekonomi negara yang jelas mengalami kesan mendalam serta meluas akibat pandemik Covid-19. Kerajaan Malaysia mempunyai tugas yang berat, mungkin juga mustahil, untuk melaksanakan perancangan serta polisi yang dapat mengimbangi di antara melindungi kesihatan rakyat dan menjana kesihatan ekonomi negara. Peningkatan kes jangkitan Covid-19 sejak akhir-akhir ini sudah tentu merumitkan lagi tugas Kerajaan Malaysia. Apa yang pasti ialah rakyat sedang sengsara, serta mengalami tekanan hidup yang tinggi. Ramai yang tiada pekerjaan serta pendapatan, dan bergelut untuk meletakkan makanan di atas meja. Pengangguran terus meningkat sehingga 772,900 orang pada kadar 4.8 peratus pada Disember 2020.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kadar pengangguran di Malaysia meningkat ]

3. Justeru itu, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan peruntukkan sejumlah RM 322.5 billion untuk Bajet 2021, iaitu bajet terbesar di dalam sejarah Malaysia. Namun begitu, sekiranya pandemik Covid-19 berpanjangan, Kerajaan Malaysia tidak boleh terus menerus bergantung kepada perbendaharaan negara untuk menggerakkan ekonomi negara. Tambahan lagi, pendapatan Kerajaan Malaysia terjejas apabila kutipan cukai syarikat dan individu menurun akibat pandemik Covid-19. Di bawah Bajet 2021, cukai pendapatan (syarikat dan individu) di jangka hanya menyumbang sebanyak 40.9% kepada pendapatan Kerajaan Malaysia, iaitu peratusan terendah sejak 2014. Pada masa yang sama, jumlah pinjaman Kerajaan Malaysia di jangka meningkat kepada 26.5%, pertama kali melebihi 20% sejak 2014. Oleh yang demikian, kejayaan Malaysia untuk menjana semula ekonomi negara banyak bergantung kepada pelaburan swasta – domestik (DDI) dan juga asing (FDI).

4. Walaupun berdepan dengan pandemik Covid-19 yang telah melumpuhkan sebahagian besar ekonomi negara, Malaysia masih memiliki asas ekonomi yang kukuh untuk menarik minat pelabur. Mengikut laporan World Competitiveness Ranking 2020 oleh Institute for Management Development (IMD), Malaysia kekal sebagai salah satu ekonomi yang kompetitif di dunia, dengan kedudukan di dalam kelompok 30 teratas di dunia. Di samping itu, di dalam laporan World Bank Ease of Doing Business Ranking 2020, Malaysia berada di tangga ke-12 daripada 179 negara.

 

5. Walaupun Malaysia berada di kedudukan yang tinggi di dalam ranking berkenaan, Malaysia mengalami kemerosotan jumlah pelaburan asing (FDI). Statistik pelaburan asing (FDI) di Malaysia telah menunjukkan trend menurun sejak 2016: RM 47b (2016), RM 40.4b (2017), RM 30.7b (2018), RM 31.7b (2019). Mengikut United Nations Conference on Trade & Development, Malaysia hanya menerima 5% (RM 31.3 billion) daripada pelaburan asing (FDI) yang diterima oleh rantau ASEAN pada tahun 2019. Lebih 80% FDI tersebut telah menjurus ke tiga negara – Indonesia, Singapura dan Vietnam.

May be an image of food and text that says 'US$ bilion 20.0 18.0 16.0 14.0 12.0 Pelaburan Asing (FDI) tahun 2020 10.0 8.0 6.0 4.0 20 0.0 Indonesia Vietnam US$ bilion 20 Filipina Thailand (setelah ποl ira beli esco Thailend dor K) Malaysia 14 12 Pelaburan Asing (FDI) tahun 2017 8 2 Indonesia Vietnam Thailand Filipina Malaysia'
 

6. Mengikut laporan United Nations Conference on Trade and Development’s (UNCTAD) Investment Trends Monitor, Malaysia mengalami kemerosotan FDI sebanyak 68% dari tahun 2019 ke 2020. Ini merupakan kemerosotan tertinggi di kalangan negara-negara ASEAN. Secara keseluruhannya, rantau ASEAN mengalami kemerosotan FDI sejumlah 31%. Negara-negara ASEAN lain turut mengalami isu kemerosotan FDI tetapi pada kadar yang lebih rendah: Thailand (50%), Singapura (37%), Indonesia (24%), Vietnam (10%). Sebaliknya, Filipina merekodkan peningkatan FDI sebanyak 29%.

7. Baru-baru ini, ada pihak yang telah meminta Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan di Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) untuk memberi penjelasan mengenai kemerosotan pelaburan asing (FDI) ke dalam negara. Tanpa dolak-dalik, kepimpinan MITI mesti bertanggungjawab ke atas isu kemerosotan FDI ini. Pada masa yang sama, kepimpinan MITI yang terdahulu, termasuklah ketika di terajui oleh Datuk Darell Leiking dan Ong Kian Ming, juga seharusnya di persoal dan di pegang bertanggungjawab (held accountable). Punca utama kemerosotan FDI terkini adalah kerana pandemik Covid-19. Namun begitu menyalahkan kerajaan PN adalah tidak adil kerana penurunan pelaburan asing ini telah berlaku sejak 22 bulan lalu lagi ketika PH memerintah. Apakah pula punca kemerosotan FDI ketika itu semua maklum cara Kerajaan PH mengurus negara sehingga PH tumbang penghujung Februari 2020.

8. Sudah tentu ada kepincangan di dalam usaha Malaysia untuk menarik pelaburan asing kerana statistik menunjukkan trend yang menurun. Statistics do not lie! Apa yang pasti, ketika Malaysia masih menangani isu kemerosotan pelaburan asing ini, negara-negara seperti Indonesia, Singapura dan Vietnam, terus berjaya menarik pelaburan asing. Di dalam laporan World Bank Ease of Doing Business Ranking 2020, Malaysia berada di tangga ke-12 daripada 179 negara, manakala negara-negara ASEAN lain: Singapura (2), Thailand (21), Vietnam (70), Indonesia (73), Filipina (95). Mengikut laporan World Competitiveness Ranking 2020 oleh Institute for Management Development (IMD) pula, Malaysia berada di tangga ke-27 daripada 63 negara, manakala negara-negara ASEAN lain: Singapura (1), Thailand (29), Indonesia (40), Filipina (45).

9. Justeru itu, Malaysia perlu menilai apakah ciri-ciri yang menarik pelaburan ke negera-negara ASEAN tersebut walaupun Malaysia berada di kedudukan yang lebih tinggi kecuali Singapura.

10. Negara-negara di dunia bersaing untuk mendapatkan pelaburan asing dengan menawarkan pelbagai insentif, yang kebanyakkannya generik dan tidak banyak perbezaan dari pandangan serta penilaian pelabur. Ada juga agenda ekonomi negara-negara yang jelas dapat memberi kelebihan untuk menarik pelaburan. Sebagai contoh, kadar cukai pendapatan syarikat di Malaysia ialah 24%, antara yang tertinggi jika di bandingkan dengan negara-negara ASEAN: Singapura (17%), Vietnam (20%), Thailand (20%), Indonesia (22%) dan Filipina (30%). Ketika ini, Malaysia tidak mampu, dan mungkin juga tidak bersedia, untuk menurunkan kadar cukai pendapatan syarikat ini kerana ianya merupakan penyumbang yang besar kepada perbendaharaan negara. Namun begitu, Malaysia mesti keluar dari pemikiran yang menyatakan bahawa penurunan kadar cukai pendapatan syarikat akan menjurus kepada pengurangan kutipan cukai. Kajian di beberapa negara, seperti United Kingdom dan Kanada, menunjukkan bahawa penurunan kadar cukai pendapatan syarikat telah berjaya meningkatkan pelaburan dan seterusnya menambah hasil kutipan cukai.

11. Oleh yang demikian, Malaysia wajar meneliti kembali dasar dan insentif untuk pelaburan, serta pelaksanaannya. Secara am-nya, Malaysia memerlukan pelaburan yang dapat membawa Malaysia ke tahap nilai-tambah yang lebih tinggi, bukan lagi aktiviti input low-end yang sekian lama menjana ekonomi negara. Ini bermakna Malaysia perlu selektif untuk menarik pelaburan yang dapat membantu agenda jangka panjang Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, dan selaras dengan IR4.0. Justeru itu, Malaysia hendaklah bersaing dengan negara yang setara untuk menarik pelaburan yang sama, dan bukannya bersaing dengan negara yang berada di dalam ‘league’ ataupun tahap ekonomi yang berlainan. Malaysia mesti ada x-factor yang dapat meletakkan Malaysia di kedudukan yang unik di mata para pelabur.

12. Lawatan Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin ke Republik Indonesia pada 4 hingga 5 Februari 2021 memberi mesej besar Malaysia sedang berusaha memulihkan ekonominya. Banyak perkara boleh dicapai termasuk kerjasama ekonomi antara kedua buah negara. 

12. Apapun yang berlaku Malaysia mesti mempunyai salesperson yang dapat menjadi jurucakap serta juru-runding negara yang efektif dan mampu meyakinkan para pelabur. Salesperson ini mesti memahami hal-ehwal ekonomi secara mendalam dan meluas. Peranan salesperson ini adalah sama penting dengan dasar dan insentif pelaburan yang di tawarkan. Sekiranya Malaysia tiada salesperson yang layak, Malaysia sudah pun tewas walaupun Malaysia dapat menawarkan insentif pelaburan yang menarik.

13. In short, we have to find our x-factor, and salesperson. Fast!

               

Dr Azry A
9 Februari 2021

 

 

5 Comments