BN Sabah Kekal Pendirian Bersama GRS- Bung Moktar
09:02 Feb 11, 2021  |  By SabahKini2
BN Sabah Kekal Pendirian Bersama GRS- Bung Moktar

Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pihaknya maklum dengan jangkaan PRU15 diadakan selepas pandemik Covid-19 reda.

KOTA KINABALU : Nampaknya impian PH dan Warisan untuk melihat kerajaan GRS berkecai. Dalam satu kenyataan Barisan Nasional (BN) Sabah kekal pendirian untuk bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam menentukan kemenangan calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pihaknya maklum dengan jangkaan PRU15 diadakan selepas pandemik Covid-19 reda.

“Kita memang menjangkakan PRU15 diadakan. Seperti maklumat yang diberikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa selepas saja Covid-19 reda, sudah tentu pilihan raya akan dibuat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penyerahan kad Tahun Baharu Cina dan limau mandarin kepada komponen Barisan Nasional (BN) Sabah di Bangunan UMNO Sabah di sini pada Rabu.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya baru-baru ini berhubung PRU15 akan diadakan selepas pandemik Covid-19 reda.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya baru-baru ini berhubung PRU15 akan diadakan selepas pandemik Covid-19 reda

1 Comment