RM3.1 Juta Kepada ADUN Pembangkang: Warisan Plus ucap terima kasih Kerajaan GRS
03:02 Feb 11, 2021  |  By SabahKini2
RM3.1 Juta Kepada ADUN Pembangkang: Warisan Plus ucap terima kasih Kerajaan GRS

Sekalipun ketika Warisan Plus berkuasa mereka menindas pembangkang Sabah namun Kerajaan GRS tetap memberi peruntukan kepada Warisan Plus. Kata Hajiji peruntukan khas ini bukti ketulusan pemerintah GRS.

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan Sabah, Warisan dan Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) menzahirkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor atas peruntukan khas RM100,000 kepada setiap wakil rakyat pembangkang di negeri ini bagi mengatasi pandemik COVID-19.

Pengerusi PKR Sabah Datuk Christina Liew dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata beliau turut menghargai Hajiji kerana bersikap terbuka dengan barisan pembangkang di Sabah.

“Saya berterima kasih kepada Ketua Menteri Sabah atas pertimbangan dan keterbukaan minda beliau.

“Walaupun RM100,000 mungkin tidak mencukupi untuk kami menjalankan tugas di kawasan jagaan kami, saya percaya Ketua Menteri akan mempertimbangkan semula untuk menambah jumlahnya sekiranya kami kehabisan dana untuk berkhidmat di kawasan kami,” katanya.

Christina yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api sebelum ini di Dun Sabah meminta kepada Datuk Hajiji harus memberikan peruntukan pembangunan yang sama kepada barisan pembangkang seperti dilakukan pemimpin kepada pembangkang di Perak dan Johor sekalipun sebelum ini Warisan PH tidak memberikan peruntukan malah menindas  pembangkang Sabah

[BACA - Dulu Warisan PH tindas pembangkang, salur peruntukan kepada Warisan kini Christina minta sama rata! ]

UPKO berterima kasih

Sementara itu UPKO dalam satu kenyataan juga mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dan menyifatkan ia langkah permulaan yang baik ke arah mengenyahpolitikkan urusan pembahagian Dana Pembangunan Kawasan (CDF).

Namun, UPKO berpendapat bahawa pembaharuan itu boleh diperkembangkan.

“Hajiji akan dikenang dalam sejarah sekiranya kerajaan pimpinannya dapat menggubal undang-undang yang dapat memastikan pembahagian CDF yang adil untuk semua ADUN dan Ahli Parlimen, tanpa mengira fahaman politik parti mereka,” menurut kenyataan itu.

Warisan dan DAP berterima kasih tetapi peruntukan tidak mencukupi

Pemimpin Warisan dan DAP berterima kasih atas peruntukan khas RM100,000 kepada ADUN pembangkang oleh kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) walaupun mereka mengatakan jumlahnya hampir tidak mencukupi.

Naib Presiden Warisan Jaujan Sambakong, yang merupakan ADUN Sulabayan, mengatakan bahawa peruntukan apa pun jumlahnya tidak kira jumlahnya tidak akan mencukupi tetapi menyatakan RM100,000 adalah titik permulaan yang baik.

"Kami telah meminta agar peruntukan diberikan kepada anggota parlimen pembangkang di DUN sebelumnya, oleh itu, kami menyambut baik pendekatan ini," kata bekas Timbalan ketua menteri Sabah itu

Bagi Pemangku Ketua DAP Sabah Frankie Poon peruntukan RM100,000 tidak mencukupi tetapi lebih baik daripada tidak ada.

"Peruntukan ini lebih baik daripada tidak sama sekali. Ini adalah langkah positif menuju perdamaian dalam membantu orang-orang yang paling menderita.

"Saya harap ketua menteri akan meninjau keadaan dan keperluan rakyat dalam beberapa bulan mendatang dengan tujuan untuk memberikan peruntukan tambahan kepada kami untuk meringankan kesulitan yang dihadapi oleh rakyat," katanya.

Poon, ADUN Tanjong Papat, mengatakan jumlah yang lebih adil antara RM300,000 hingga RM500,000 setahun.

Ketua Menteri Hajiji Noor semalam mengumumkan bahawa peruntukan itu adalah untuk membantu ADUN menyelesaikan masalah di kawasan masing-masing dan untuk membantu rakyat semasa wabak Covid-19.

"Saya memberikan peruntukan khas ini untuk membuktikan ketulusan pemerintah GRS. Dana khas ini sejalan dengan usaha pemerintah untuk memastikan rakyat dapat menghadapi wabak ini dengan bantuan sebanyak mungkin, ”katanya.

Hajiji, yang merupakan ADUN Sulaman, menambahkan bahawa dana berjumlah RM3.1 juta akan disalurkan secepat mungkin kepada ADUN pembangkang melalui pejabat daerah masing-masing.

Kerajaan Sabah kini, menyediakan peruntukan tahunan sebanyak RM2.1 juta kepada Menteri negeri, RM1.14 juta kepada pembantu menteri dan RM1.1 juta kepada penyokong kerajaan.

Kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM10,000 kepada Ahli Parlimen setiap bulan untuk urusan menyelenggara pusat perkhidmatan mereka namun wang berkenaan disalurkan kepada Ketua Bahagian Bersatu bagi 14 kawasan DUN pembangkang di Sabah dan Labuan. Pemimpin Warisan seperti Junz Wong menyerang kerajaan berhubung peruntukan ini namun selepas disemak penyaluran peruntukan bulanan ini sama sebagaimana proses sebelum ini sebagaimana Warisan menyalurkan peruntukan.

 

4 Comments