KP Kesihatan seru rakyat buktikan ramalan IHME 20,000 kes harian bulan Mac salah!
10:02 Feb 11, 2021  |  By SabahKini2
KP Kesihatan seru rakyat buktikan ramalan IHME 20,000 kes harian bulan Mac salah!

Seperti JP Morgan rakyat perlu menafikan ramalan IHME. Buktikan kenaikan kes 20,000 sehari tidak benar.

Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan (IHME), Amerika Syarikat Kes Covid-19 di Malaysia meramalkan kes harian baharu akan mencecah 20,000 jangkitan bermula bulan Mac ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan menyeru rakyat Malaysia menafikan angka jangkitan yang diramalkan sebagai salah.

"Mari kita tunjukkan bahawa kita dapat menurunkan angka yang diramalkan oleh IHME seperti yang kita lakukan dengan ramalan JP Morgan untuk pertengahan April 2020.

"Mari kita bersatu dalam menewaskan virus ini dan mengetepikan perbezaan dan kepentingan diri kita, terus fokus untuk memerangi perang ini dan melakukan yang terbaik untuk negara.

"Bersama-sama kita rakyat Malaysia dapat wujudkan yang mustahil dan lindungi orang yang lemah dan tersayang," katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau pada Khamis.

Pada April 2020, agensi penyelidikan JP Morgan meramalkan angka positif Covid-19 di Malaysia mengunjur meningkat kepada 6,300 kes pada pertengahan bulan itu.

Bagaimanapun, jangkaan itu ternyata meleset apabila hanya sekitar 4,000 kes dicatatkan di Malaysia pada bulan itu.

Kes harian COVID-19 dijangka mendatar

9 Februari lalu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kes harian Covid-19 merekodkan dua angka pada pertengahan Mei ini.

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah jumlah kes harian berjaya melepasi kemuncak kes tertinggi pada 31 Januari lalu dengan 5,298 kes.

"Penurunan kes yang dilihat kini disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tiga minggu lalu.

"Sebelum ini kita jangkakan jumlah kes kembali menurun selepas pelaksanaan PKP dalam tempoh empat minggu, kini kita memasuki minggu ketiga dan baki seminggu itu kita mungkin lihat penurunan lagi kes Covid-19," katanya pada sidang media perkembangan Covid-19, 9 februari lalu

Beliau berkata, kes-kes di kebanyakan negeri juga dilihat terdapat penurunan nilai kebolehjangkitan (RT) atau R-naught (R0) iaitu Sabah kini dengan 0.81 dan Kelantan 0.77.

"Kebanyakan kes di Kelantan berpunca daripada kes rentas negeri iaitu terdapat 31 kluster dikesan dan 96 peratus daripadanya membabitkan warganegara.

"Terengganu turut menunjukkan penurunan nilai RT iaitu 0.86 serta Sarawak 1.0 dan diharapkan penularan kes di Sarawak ini dapat dikawal,"katanya.

 

 

1 Comment