Buang CEO KWSP 'Budak Lim Guan Eng', KWSP mansuh syarat i-Sinar susahkan rakyat!
07:02 Feb 12, 2021  |  By SabahKini2
Buang CEO KWSP 'Budak Lim Guan Eng', KWSP mansuh syarat  i-Sinar susahkan rakyat!

CEO KWSP 'rela dibenci', Duit KWSP bukan duit bank! antara kata-kata membuat rakyat benci kepada CEO 'Budak Lim Guan Eng' itu. Akhirnya dengan pelbagai alasan bodoh selepas CEO ditukar syarat i-Sinar telah dimansuhkan. Nampak tak?

Kementerian Kewangan mengesahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan pengeluaran i-Sinar.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pemansuhan itu dilakukan selepas menerima nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdasarkan maklum balas pihak awam.

“Langkah ini diharap dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik COVID-19.

“Pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki yang sedia ada.

“Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Tunku Alizakri Alias menggunakan pelbagai alasan untuk cadangan pengeluaran RM10 ribu dalam akaun 1 KWSP dan bertegas meluluskan pengeluaran itu atas alasan tidak mahu menggadaikan masa depan ahlinya.

Kenyataan beliau rela dibenci oleh rakyat mempertahan KWSP tular dalam laman sosial yang menjejaskan sedikit sebanyak persepsi kepada kerajaan Perikatan Nasional.

[BACA- Rela dibenci tetapi tidak akan tergoda cadangan keluarkan RM10 ribu kata CEO KWSP ]

Bagaimanapun pengumuman Menteri Kewangan Tengku Zafrul ketika pembentangan Belanjawan 2021 KWSP tanpa syarat melegakan pencarum KWSP namun menjadi sebaliknya selepas CEO itu mengumumkan syarat baru bagi dua kategori permohonan.

Ia sekali lagi menjadi kebencian rakyat apabila beliau berkata KWSP bukan bank boleh keluar wang sesuka hati. Rakyat mula mendedahkan Tunku Alizakri Alias sebagai ‘Budak Lim Guan Eng’ lantikan Pakatan Harapan.

[BACA- KWSP memang duit ahli tapi bukan bank boleh keluar wang bila-bila masa kata CEO KWSP ]

KWSP memang duit ahli tapi bukan bank boleh keluar wang bila-bila masa kata CEO KWSP

10 Februari lalu Kerajaan PN mengumumkan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KWSP berkuatkuasa 1 Mac 2021 menunjukkan Tunku Alizakri Alias yang gagal itu dipecat sebagai CEO.

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Hari ini selepas pengumuman CEO KWSP baharu kerajaan juga mengumumkan  pemansuhan syarat i-Sinar yang ditentang rakyat sebelum ini. Bermakna pemansuhan ini bukan satu halangan sejak awal lagi tetapi kedegilan CEO pro PH ‘budak Lim Guan Eng’ itu tidak mahu menurut arahan Kerajaan PN.

i-Sinar kini telah berubah! Apakah i-Sinar akan terus bersinar?

Sebelum ini Najib dan beberapa pemimpin UMNO antara yang lantang menyelar CEO KWSP ini. 

Walau apapun keputusan Tan Sri Muhyiddin Perdana Menteri untuk meluluskan pemansuhan syarat i-Sinar adalah bukti kerajaan mendengar denyut nadi rakyat.

Berikut perincian pengeluaran terbaru sebagaimana diumumkan oleh Menteri Kewangan.

1) Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

2) Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Sehubungan itu Zafrul berkata, KWSP memerlukan sedikit masa untuk mempersiapkan struktur pengeluaran baharu ini.

Sesuatu yang mesti Kerajaan PN segeranya jika mahu melicinkan pentadbiran ialah membuang pegawai atau CEO lantikan PH sebelum ini. Satu lagi isu yang dilihat menyusahkan rakyat ialah isu moratorium. Dijangka Gabenor Bank Negara lantikan PH juga bakal ditukar. Moratorium sepatutnya disambung selepas PKP dan Darurat dilaksana. Nampaknya Bank Negara masih berkira-kira mahu menolong rakyat.

[ARTIKEL BERKAITAN- Gabenor Bank Negara 'Lantikan PH' kata moratorium menyeluruh ibarat penuhkan ‘poket’ rakyat ganggu ekonomi ]

 

 

3 Comments