Program imunisasi menyeluruh tamatkan pandemik COVID-19
12:02 Feb 16, 2021  |  By SabahKini2
Program imunisasi menyeluruh tamatkan pandemik COVID-19

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan iaitu ‘Lindungi Diri, Lindungi Semua’ dan pendekatan ‘tiada yang selamat, sehingga semua adalah selamat’,” maka tidak ada yang terkecuali diberikan vaksin Covid-19 sama ada warganegara atau bukan negara.

Selari dengan slogan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan iaitu ‘Lindungi Diri, Lindungi Semua’ dan pendekatan ‘tiada yang selamat, sehingga semua adalah selamat’,” maka tidak ada yang terkecuali diberikan vaksin Covid-19 sama ada warganegara atau bukan negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata program imunisasi menyeluruh ini untuk memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 dan akhirnya dapat menamatkan pandemik COVID-19.

"Apabila semua orang telah dilindungi dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini berjaya dilaksanakan, impak positif akan mula kita rasai. Pelbagai sektor ekonomi akan dibuka semula, seperti pelancongan.

"Kita boleh saling ziarah-menziarahi, aktiviti bersukan juga boleh kita amalkan, tetapi dengan mengamalkan norma baharu.

"Inilah yang saya maksudkan apabila saya katakan bahawa vaksin COVID-19 adalah antara sinar harapan kita yang paling utama untuk kita menang dalam perang melawan COVID-19.

"Pastinya, satu lembaran baru bakal terbuka dengan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada penghujung bulan ini," katanya ketika melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara maya di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin serta Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Pada majlis ringkas itu, Muhyiddin turut melancarkan laman web www.VaksinCovid.gov.my.

 

Program Vaksinasi Covid-19 di Sabah – Tiada individu penyebab jangkitan

Menyahut langkah Kerajaan Pusat mengenai Program Vaksinasi Covid-19, Sabah tidak terkecuali meliputi semua penduduk yang tinggal di negeri ini termasuk warga asing dan juga pendatang tanpa izin (PTI).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, hasrat kerajaan adalah memberikan vaksinasi kepada semua orang yang tinggal di Sabah bagi memastikan tiada individu yang akan menyebabkan jangkitan Covid-19 terus berlaku.

“Untuk makluman, kerajaan telah memutuskan untuk memperluaskan pemberian vaksin secara percuma kepada rakyat asing termasuk PATI yang tidak mempunyai dokumen yang sah.

Beliau berkata, program vaksinasi Covid-19 yang dijangkakan bermula 26 Feb akan disempurnakan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama untuk petugas- petugas barisan hadapan, fasa kedua melibatkan populasi yang mempunyai komorbiditi seperti warga emas dan penghidap penyakit kronik, manakala fasa ketiga akan meliputi warganegara lain yang berumur 18 tahun ke atas.

 

1 Comment