Warisan Semporna nafi 30 Ketua Cawangan lompat parti ke PPBM
00:02 Feb 18, 2021  |  By SabahKini2
Warisan Semporna nafi 30 Ketua Cawangan lompat parti ke PPBM

Kerana merasa tergugat dan persepsi yang boleh melemahkan Warisan akhirnya Warisan Semporna menafikan 30 Ketua Cawangannya lompat parti dan menyertai PPBM.Apa selepas ini?

Berang dengan dakwaan Bersatu Semporna mengenai ahli Warisan lompat parti, Warisan hari ini menafikan dakwaan 30 ketua cawangan parti itu keluar dan menyertai Bersatu.

Ketua Penerangan Warisan Bahagian Semporna, Hasbullah Raudah, berkata sebaliknya individu yang keluar merupakan bekas ketua cawangan UMNO yang menaja cawangan baharu Warisan.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa individu yang mengisytiharkan diri sebagai ketua cawangan yang berdaftar dalam parti bahagian Semporna.

“Ada juga antara mereka pada hari ini masih bersama-sama kita dan mereka mengakui bahawa agenda perjumpaan yang diadakan semalam tidak jelas, dimanipulasi dan ia adalah disebabkan mereka sebagai penduduk kampung dan bukan seperti yang dimaklumkan dalam media,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hasbullah berkata, jika pun ada yang mengaku sebagai ketua cawangan dan keluar parti, ia tidak menjejaskan Warisan di Semporna kerana ahli-ahli dalam cawangan masih setia dengan parti itu.

“Kita akui memang terdapat individu yang memohon untuk membuka cawangan baharu yang berstatus penaja. Namun saya sekali lagi menegaskan bahawa individu itu bukan ketua cawangan yang berdaftar, kalau ada pun hanya sebagai ahli biasa saja.

“Bagaimanapun, pihak pengurusan parti bahagian akan mendapatkan kepastian daripada individu terbabit sama ada benar-benar keluar parti atau sebaliknya,” katanya.

Semalam media melaporkan 30 ketua cawangan Warisan di kawasan Parlimen Semporna keluar parti akibat nasib mereka tidak terbela disamping Warisan gagal menunaikan janji.

[ARTIKEL BERKAITAN- 30 Ketua Cawangan Warisan sertai Bersatu di Semporna ]

Bekas ketua cawangan Kampung Bangau-Bangau Panglima Atani, Noorasmah Omar mendakwa kepemimpinan Warisan gagal mengotakan janji kepada rakyat termasuk mendirikan penempatan bagi mangsa kebakaran Kampung Bangau-Bangau pada 2015 selain isu penempatan penduduk pesisir laut di Simunul.

 

 

3 Comments