Dr Kecantikan hasut rakyat, 'frontliners' fitnah vaksin halang Program Imunisasi Covid-19 disiasat polis
01:02 Feb 19, 2021  |  By SabahKini2
Dr Kecantikan hasut rakyat, 'frontliners' fitnah vaksin halang Program Imunisasi Covid-19 disiasat polis

Hanya doktor estetik atau kecantikan tetapi memesongkan fakta vaksin yang bakal digunakan dalam program imunisasi Covid-19. Dr Roland jelas menghasut dan memfitnah serta menakutkan rakyat. Pakar KKM berkata vaksin digunakan selamat

SEPANG: Seorang doktor di klinik kecantikan The KL Sky Clinic Dr Roland Victor memberi keterangan dua jam 30 minit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang berhubung video komennya mengenai vaksin COVID-19 yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Roland sebelum itu dilihat tiba di IPD Sepang pada 2.30 petang menjelaskan beliau memberi kerjasama kepada polis sepanjang siasatan berkenaan.

Beliau yang juga pengasas klinik kecantikan itu berkata, setakat ini polis tidak memaklumkan sama ada beliau akan dipanggil semula untuk memberi keterangan atau sebaliknya, namun bersedia memberi kerjasama sekiranya dipanggil.

Siasatan polis berhubung video dimuatnaik di Facebook kliniknya pada 9 Februari lalu berkenaan cubaan menghasut penjawat awam KKM dan frontliners  mengenai vaksin COVID-19. 

"Polis memaklumkan menerima satu aduan berkenaan video tular itu pada 11 Februari, namun tidak mendedahkan identiti pihak membuat laporan. Video 56 minit yang dikongsi dalam Facebook itu hanya menjelaskan risiko dihadapi pengguna dan bukannya untuk menakutkan-nakutkan mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof yang dihubungi berkata, pihaknya mengesahkan pemilik Sky Clinic itu hadir ke IPD Sepang bagi memberi keterangan.

Katanya, setakat ini satu laporan polis diterima berhubung kandungan video itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan," katanya.

Menghasut dan menakutkan rakyat

Dalam usaha kerajaan melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sejajar dengan program vaksinasi yang dijadualkan bermula 26 Februari ini kenyataan Dr Roland jelas cubaan menakutkan orang ramai mengenai vaksin yang akan digunakan di negara ini.

Beliau dalam video itu menyebut 'padan muka staff KKM, frontliners yang menerima suntikan vaksin pertama kerana tidak bersuara'. 

Menurut Dr Roland vaksin Pfizer menyebabkan muka senget. Channelnya lebih bertujuan mengumpul like dan sekadar pemasaran untuk kliniknya The KL Sky Clinic. Beliau hanyalah  doktor estetik bagi pakar kecantikan sahaja. 

Doktor aesthetics atau kecantikan tidak sepatutnya berbuat demikin kerana bukan bidang kepakarannya. Beliau boleh meragui jenis vaksin yang ada namun tidak wajar menghasut rakyat untuk menakut-nakutkan mereka. KKM mempunyai ramai pakar yang boleh menjawab isu-isu Covid-19 dan vaksin. Malah KKM beberapa kali membuat kenyataan media mengenai vaksin Pfizer yang akan digunakan oleh rakyat Malaysia sebagai vaksin selamat.

Tidak hairan doktor KKM, swasta  dan netizen menyerangnya sebagai memesongkan fakta mengenai vaksin.

Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) KKM, Dr Kalaiarasu Peariasamy sendiri berkata, lebih 150 juta dos vaksin telah diambil di seluruh dunia dan tiada kesan sampingan yang teruk dilaporkan setakat ini. Vaksin adalah selamat digunakan.

 

Turut menyanggah pendapat Dr Roland Victor mengenai vaksin mRNA Pfizer Covid19 kononnya boleh menyebabkan muka senget ialah Dr Malar Santhi Santherasegapan

Oleh itu siasatan polis terhadap Dr Roland di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan adalah tepat. Ia jelas usaha memburukkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sekarang. 

Mana-mana doktor atau kumpulan anti vaksin yang menyebarkan video atau maklumat palsu wajar diambil tindakan tegas. Sepatutnya doktor yang menyebar perkara salah lesen mereka digantung kerana tidak bertanggungjawab.

Hari ini semakan menunjukkan KL Sky Clinic Dr Roland Victor telah menutup ruangan komen channel youtube mereka kerana diserang netizen.

5 Comments