177 Geran Pesuruhjaya Tanah Persekutuan: Ini penjelasan Pengarah Jabatan KPTG Sabah!
15:02 Feb 20, 2021  |  By SabahKini2
177 Geran Pesuruhjaya Tanah Persekutuan: Ini penjelasan Pengarah Jabatan KPTG Sabah!

Semua 177 Geran PTP telah didaftar tahun 2020. Geran sejak zaman-berzaman merentas pelbagai pemerintah terdahulu. Termasuk tanah individu yang dibuat pengambilan balik tanah. Geran juga bukan berimilik kekal tetapi dalam bentuk lease atau pajakan!

Penyerahan 177 Geran Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

Pemimpin Warisan dan pendokongnya sibuk mempersoalkan isu Penyerahan 177 Geran Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Bagaimanapun Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Sabah Encik Herdianshah Abdul Karim dalam facebooknya menjelaskan pemberian 177 Geran itu telah didaftarkan tahun lalu dengan kerjasama Tuan Bernard Liew Pengarah Tanah Ukur Sabah (Lantikan Warisan)


Tengah:  Tuan Bernard Liew Pengarah Tanah Ukur Sabah (Lantikan Warisan) dan 
Encik Herdianshah Abdul Karim Pengarah Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Sabah 

 

Katanya ‘Bagai sirih pulang ke gagang’ akhirnya 177 geran atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan pulang ke tempat asalnya ia berjaya didaftarkan atas kejayaan pasukannya dan Jabatan Tanah Ukur Sabah.

177 geran tanah tersebut, sebanyak 90 diserahkan kepada agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan 42 geran untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Manakala, sebanyak 28 geran diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan dan 17 geran lagi untuk agensi lain yang berkaitan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Laksana projek KPM, KKM, agensi persekutuan untuk rakyat Sabah 177 geran tanah diluluskan]

Berikut merupakan penjelasan Encik Herdianshah Abdul Karim Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Sabah  mengenai pemberian 177 Geran Pesuruhjaya Tanah Persekutuan itu.

Isu yang dipolitikkan

Patut lain semacam benda ini  dipolitikkan. Angka yang dikeluarkan itu angka dari Jabatan Tanah Ukur Sabah.

Saya tahu 177 geran saja. Dalam hal ini semua kita harus faham, semua permohonan tanah Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri adalah mengikut aturan perundangan sedia ada iaitu menggunakan Sabah Land Ordinance.

Kebanyakan geran-geran ini adalah geran hasil permohonan tanah sejak zaman-berzaman lagi merentas pelbagai pemerintah terdahulu. Pendaftaran geran-geran ini juga mengikut aturan perundangan sedia ada.

Harus difahami juga, ada geran-geran tanah ini tanah Negeri yang dipohon dan ada juga geran-geran ini diperolehi melalui tanah individu yang dibuat pengambilan balik tanah juga mengikut ordinan yang sama.

Adalah menjadi tanggungjawab Persekutuan melaksanakan tanggungjawabnya membayar cukai tahunan dan premium ke atas mana-mana tanah yang didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Dan juga harus difahami, geran-geran diberimilik ini adalah bukan berimilik kekal tetapi dalam bentu lease atau pajakan untuk satu tempoh tertentu seperti 99 tahun.

Saya tak tahulah mana bahagian perkara ini nak dipolitikkan. Saya pun tak tahu juga jika ada tanah-tanah yang diberimilik kepada Persekutuan memberikan keuntungan pada Persekutuan memandangkan semua tanah yang diberimilik itu umum sedia maklum digunakan untuk membina kemudahan bagi kegunaan rakyat.

Apa yang saya tahu, tiada istilah untung pada Persekutuan dalam urusniaga tanah-tanah ini sebab atas dasar ini.

i. Memberikan hasil pada Negeri melalui pungutan cukai-cukai tanah dan pada masa sama

ii. Memberikan perkhidmatan awam kepada rakyat Negeri ini. Mungkin kalau ada yang cakap Persekutuan dapat untung dari urusniaga pemberimilikan tanah ini, mungkin boleh juga ditunjukkan mana bahagian untung itu.

 

 

 

 

NOTA: Ogos 2021 Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Kerajaan Warisan mengumumkan  memanjangkan tempoh pajakan tanah dari 99 tahun kepada 999 tahun. Pemulihan pajakan tanah daripada 99 tahun ke 999 tahun itu membabitkan sebanyak 5,978 hak milik termasuk swasta

 

6 Comments