SPRM buru Mohd Nazim 'Orang Sepanggar' kes palsu dokumen, menyamar pegawai SPRM
17:02 Feb 20, 2021  |  By SabahKini2
SPRM buru Mohd Nazim 'Orang Sepanggar' kes palsu dokumen, menyamar pegawai SPRM

Mohd. Nazim AG Abdullah, 45 mempunyai alamat terakhir di No.1, Lorong 4/3B, Taman Bukit Sepanggar, 88450, Kota Kinabalu, Sabah.

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sedang mengesan seorang individu bagi membantu siasatan kes berkaitan pemalsuan dokumen serta penyamaran sebagai pegawai kanan SPRM.

Lelaki tersebut, Mohd. Nazim AG Abdullah, 45, pemegang kad pengenalan 760515-12-5403 dan mempunyai alamat terakhir di No.1, Lorong 4/3B, Taman Bukit Sepanggar, 88450, Kota Kinabalu, Sabah.

Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut dapat menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Rajin Masran di talian 016-881 7679 / 088-488381 atau emel ke alamat [email protected].

Mohd Nazim merupakan pengundi di Parlimen Sepanggar dan di DUN Darau. Rakyat Sepanggar boleh melaporkan kepada pihak SPRM Sabah.

1 Comment