85 kes! Sabah catat kes Covid-19 terendah sejak September
02:02 Feb 22, 2021  |  By SabahKini2
85 kes! Sabah catat kes Covid-19 terendah sejak September

Kes Covid-19 baharu yang dilaporkan hari ini untuk 24 jam lalu adalah yang terendah sejak 19 Sept 2020 iaitu 85 kes. Tahniah rakyat Sabah patuh SOP

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata, Sabah hari ini mencatat kes harian Covid-19 terendah sejak September tahun lalu iaitu 85 kes.

Dalam hantarannya di Twitter, beliau turut berterima kasih kepada semua rakyat yang menetap di Sabah kerana kepatuhan mereka kepada prosedur operasi standard (SOP).

“Kepada semua rakyat Sabah, rakyat Malaysia lain serta mereka yang lain menetap di Sabah, terima kasih kepada mematuhi semua SOP PKPB (perintah kawalan pergerakan bersyarat).

“Kes Covid-19 baharu yang dilaporkan hari ini untuk 24 jam lalu adalah yang terendah sejak 19 Sept 2020 iaitu 85,” katanya.

Masidi dalam hantarannya itu turut menyeru kepada semua supaya terus mematuhi SOP ditetapkan.

4 Comments