Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada US109.7B
17:02 Feb 22, 2021  |  By SabahKini2
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada US109.7B

Bank pusat berkata komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (US$99.7 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.2 bilion), emas (US$2.4 bilion) dan aset rizab lain (US$5B)

KUALA LUMPUR-  Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$109.7 bilion setakat 15 Feb, 2021 daripada US$107.8 bilion pada 15 Jan, 2021.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat berkata kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai  8.6 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang negeri jangka pendek.

Bank pusat berkata komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (US$99.7 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.2 bilion), emas (US$2.4 bilion) dan aset rizab lain (US$5.0 bilion).

Aset-aset ini terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain, termasuk SDR berjumlah sehingga RM441.03 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM11.14 billon), deposit dengan institusi kewangan (RM2.84 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM18.62 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset-aset lain (RM16.93 bilion).

Menurut bank pusat, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM172.91 bilion), mata wang dalam edaran (RM140.20 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM140.18 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM7.95 bilion), deposit-deposit lain (RM11.81 bilion), kertas Bank Negara (RM9.41 bilion), peruntukan SDR (RM7.79 bilion) dan liabiliti lain (RM4.36 bilion).

Comment