Permudah projek rakyat diluluskan kerajaan kata Hajiji
12:02 Feb 23, 2021  |  By SabahKini2
Permudah projek rakyat diluluskan kerajaan kata Hajiji

Hajiji berkata, kerajaan baru yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah memberi perhatian kepada kepentingan rakyat dan masalah yang menghalang kerajaan membawa kemajuan atau pembangunan kepada rakyat perlu diatasi segera.

KOTA MARUDU: Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor mengarahkan semua ketua dan pegawai jabatan mempermudahkan pembangunan atau projek kerajaan, terutama yang sudah diluluskan dan diberikan peruntukan.

“Ini bagi memastikan tiada projek pembangunan yang lambat disiapkan, sekali gus hanya akan merugikan rakyat,” katanya selepas mendengar taklimat pembangunan daerah Kota Marudu.

“Sebagai ketua menteri kepada kerajaan baru ini, saya mahu pelaksanaan projek kerajaan dipercepatkan.

“Jika ada masalah, cari penyelesaian. Contohnya dalam taklimat tadi, ada masalah berkaitan (pembinaan) jalan raya kerana tidak diberikan kebenaran oleh jabatan tertentu, sepatutnya sebagai ketua (jabatan), kita boleh menggunakan budi bicara atau kebijaksanaan bagi menangani masalah seperti ini.”

Hajiji berkata, kerajaan baru yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah memberi perhatian kepada kepentingan rakyat dan masalah yang menghalang kerajaan membawa kemajuan atau pembangunan kepada rakyat perlu diatasi segera.

“Jangan jadikan pandemik ini untuk tidak bergerak langsung.

“Sabah dalam pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat sekarang, saya mengambil peluang ini untuk melawat daerah bagi mengetahui apa masalah pembangunan di seluruh daerah di negeri ini.” 

1 Comment