Menteri KKM, KSN. KSU terima suntikan vaksin COVID-19 bersama Barisan Hadapan KKM
17:02 Feb 25, 2021  |  By SabahKini2
Menteri KKM, KSN. KSU terima suntikan vaksin COVID-19 bersama Barisan Hadapan KKM

YB Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba menerima suntikan vaksin COVID-19 pada jam 12.45 tengahari tadi di Pusat Pemberian Vaksin, PPV di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya, Presint 11 bersama dengan Ketua Setiausaha Negara, YBhg Tan Sri Mohd Zuki b

PUTRAJAYA, 25 FEBRUARI 2021 – YB Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba menerima suntikan vaksin COVID-19 pada jam 12.45 tengahari tadi di Pusat Pemberian Vaksin, PPV di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya, Presint 11 bersama dengan Ketua Setiausaha Negara, YBhg Tan Sri Mohd Zuki bin Ali dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Dato’ Mohd Shafiq bin Abdullah.

 
Turut menerima suntikan vaksin COVID-19 adalah tiga orang petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Encik Tawfik Adnan yang bertugas sebagai pemandu, Encik Farid Md Ithnin yang bertugas sebagai Pembantu Kesihatan Awam di PKD Putrajaya dan Yusniza M Yusof yang bertugas sebagai jururawat di Klinik Kesihatan, Presint 11 Putrajaya.
 
Dua orang vaksinator yang bertugas tadi adalah Puan Laily Norazura Binti Yakub yang bertugas di Klinik Kesihatan Presint 11 dan Encik Muhamad Bakhrul Ulum Mohd Rashid yang bertugas di Klinik Kesihatan Presint 9.
 
Ini merupakan hari kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang telah bermula semalam dengan suntikan pertama vaksin COVID-19 telah diterima oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga PPV di PKD Putrajaya, Presint 11.
Comment