Enam lagi Adun Warisan keluar parti sokong GRS?
02:02 Feb 26, 2021  |  By SabahKini2
Enam lagi Adun Warisan keluar parti sokong GRS?

Selepas Adun Sebatik YB Hassan A Gani Pg Amir keluar Warisan menjadi bebas menyokong GRS dijangka lebih enam adun Warisan bakal keluar Warisan menyokong GRS. Siapakah mereka? benarkah mereka akan keluar?

KOTA KINABALU: Selepas dilaporkan Adun Sebatik keluar parti Warisan dijangka lebih 5 orang ADUN lagi daripada Warisan Plus dijangka keluar parti dan menjadi Adun Bebas menyokong Kerajaan Negeri Sabah di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Menurut sumber antara Adun yang disebut-sebut ialah YB. Assaffal Alian, (Tungku), Mohamad Mohammarin (Banggi), Azhar Hj Matussin (Darau), Norazlinah Arif (Kunak), Ben Chong Chen Bin (Tanjong Kapor), Dr Daud Yusof (Bongawan) dan seorang lagi pemimpin paling kanan Warisan bekas Menteri di Sabah.

Semua adun ini dilaporkan menimbang kemungkinan mengalihkan sokongan dalam tempoh terdekat.

Adun Tanjong Kapor Ben Chong Chen Bin yang juga Wira Warisan sejak Mei 2020 lalu kontroversi dengan desas-desus keluar Warisan namun U-turn selepas kantoi dan menafikan beliau keluar Warisan. Susulan itu Shafie Apdal juga telah bertemu beberapa kali dengan Adun Warisan Plus mengatakan Warisan kukuh namun akhirnya tidak dapat bertahan selepas membubarkan DUN Sabah penghujung julai 2020 untuk mengadakan Pilihanraya Sabah.

Bagaimanapun Warisan tewas dengan GRS dalam PRN September lalu menyebabkan adun-adunnya terumbang-ambing bergelut peruntukan serta kes Covid-19 yang meningkat naik di kawasan dun masing-masing.

Pemimpin Warisan Plus ‘tertekan’

Sumber berkata selepas sahaja warisan kalah tidak lagi menjadi kerajaan adun-adun Warisan kehilangan arah untuk mencari sumber kewangan bagi menguruskan kawasan. Warisan juga tidak mampu menyediakan dana kepada adun-adunnya. 

Februari lalu mengambil peluang sidang dun negeri kerana keperitan kewangan adun Warisan Plus, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Datuk Christina Liew menggesa kerajaan negeri memberikan peruntukan sama rata kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Sabah seperti dilakukan kerajaan Perak dan Johor.

Sekalipun ketika Warisan Plus berkuasa menzalimi pembangkang sebelum ini namun Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor berbesar hati meluluskan peruntukan kepada adun pembangkang iaitu RM3.1 juta atau RM100,000 kepada setiap adun untuk bernafas di kala musim Covid-19 melanda. Adun Warisan Plus berterima kasih dengan pemberian itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- RM3.1 Juta Kepada ADUN Pembangkang: Warisan Plus ucap terima kasih Kerajaan GRS]

Turut tertekan Christina Liew  menurut sumber sejak November tahun lalu cuba berunding dengan Kerajaan Negeri Sabah bagi menyelesaikan kes Saman RM557 juta tuntutan tanah seluas 17,000 ekar di Ladang Bagahak 2 dan 3 di Lahad Datu melibatkan GLC negeri Borneo Samudera Sdn Bhd.

Bagaimanapun terdapat desakan agar Christina Liew menyelesaikan saman RM557 juta memandangkan kes itu masih disiasat SPRM.


[ARTIKEL BERKAITAN- Christina Liew perlu bayar RM557 juta: MD dan BOD Sawit Kinabalu Bersekongkol 'Kawtim kes' wajar dipecat]

Christina Liew perlu bayar RM557 juta: MD dan BOD Sawit Kinabalu Bersekongkol 'Kawtim kes' wajar dipecatPengurusan Sawit Kinabalu telah dirombak. Pengerusi dan Pengarah Urusan kumpulan baharu..

Apakah dengan tidak meneruskan kes itu Christina akan meninggalkan PKR bertindak sebagai adun bebas? Atau jika Borneo Samudera milik Sawit Kinabalu itu tidak menarik balik kes itu dan Christina perlu membayar jumlah itu. Mampukah Christina?

Bagaimanapun tidak diketahui kes itu sekalipun rombakan telah dibuat kepada Sawit Kinabalu Sdn Bhd selepas pelantikan Pengerusi baharu Datuk Rubin Balang dan Pengarah Urusan Kumpulan Bacho Jansie

Adun Sebatik Hassan A Gani Pg Amir- Mahu kestabilan politik dan peruntukan kawasan

Sementara itu Hassan yang keluar Warisan berkata akan menyokong Kerajaan Negeri Sabah di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor.

ADUN Sebatik keluar Warisan dijangka lebih ramai ADUN Warisan Plus sertai GRS

“Saya melihat perkara yang diperlukan oleh negara pada hari ini adalah kestabilan politik. Kestabilan ini penting untuk memastikan kerajaan dapat memberikan sepenuh perhatian dalam menangani COVID-19 dan menjaga kesejahteraan rakyat. 

“Saya amat berdukacita melihat pendirian Parti Warisan yang dilihat masih bermain dengan rentak politik Pakatan Harapan (PH) yang mengutamakan kepentingan politik berbanding kesejahteraan rakyat yang terbeban dengan isu COVID-19.” katanya

Hassan A Gani berkata antara punca yang amat mengecewakan dirinya ialah tindakan Warisan menolak Belanjawan 2021 di Parlimen yang menurut beliau jelas membelakangkan kepentingan rakyat terutama dalam usaha menangani COVID-19.

“Segala usaha dibuat kerajaan menangani COVID-19 memerlukan peruntukan melalui bajet yang dibentangkan… cukup-cukup sudah bermain politik, masa ini kesejahteraan rakyat perlu diutamakan,” katanya.

“Saya juga membuat keputusan keluar daripada Warisan demi membantu rakyat di kawasan yang saya wakili. Saya akan lebih senang membantu rakyat apabila menjadi ADUN bebas yang menyokong kerajaan GRS,” jelas pengakuan

Akibat tindakan Hassan A Gani menyokong GRS, gabungan dianggotai parti komponen Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah kini memiliki sokongan 48 ADUN daripada keseluruhan 79 ADUN negeri tersebut.

 [ARTIKEL BERKAITAN- ADUN Sebatik keluar Warisan dijangka lebih ramai ADUN Warisan Plus sertai GRS ]

10 Comments