"Semua okay, tiada rasa apa-apa. Janganlah takut ambil vaksin," - Abang Johari
01:02 Feb 27, 2021  |  By SabahKini2

Beliau yang tergesa-gesa memasuki lif di Klinik Kesihatan Petra Jaya untuk kembali ke pejabatnya kemudian sempat memberikan isyarat tangan bagus kepada wartawan.

PETRA JAYA: "Semua okay, tiada rasa apa-apa. Janganlah takut ambil vaksin," itu kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, ringkas selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech, hari ini.

Beliau yang tergesa-gesa memasuki lif di Klinik Kesihatan Petra Jaya untuk kembali ke pejabatnya kemudian sempat memberikan isyarat tangan bagus kepada wartawan.

Abang Johari tiba di Klinik Kesihatan Petra Jaya tepat pada jam 3 petang untuk menerima suntikan vaksin itu.

Turut menerima suntikan itu, Timbalannya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian serta Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr Chin Zin Hing.

Baki 14 lagi PPV di Miri, Bintulu dan Limbang hanya akan memberikan suntikan vaksin itu minggu depan.

"Hari ini di Klinik Kesihatan Petra Jaya ini sahaja, seramai 48 orang menerima suntikan dan esok pula seramai 1,160 dijangka menerimanya pada program yang akan diadakan di Stadium Perpaduan di Petra Jaya.

"Sehingga 1 Mac ini, kami menyasarkan kira-kira 5,000 petugas barisan hadapan menerima suntikan vaksin," katanya sambil memaklumkan keseluruhan petugas barisan hadapan termasuk pengamal media di Sarawak berjumlah 97,000 orang.- BH

9 Comments