Selepas kantoi Adun-adun Warisan 'U-turn' nafi lompat parti
19:02 Feb 27, 2021  |  By SabahKini2
Selepas kantoi Adun-adun Warisan 'U-turn' nafi lompat parti

Desas-desus Adun Warisan keluar parti bukan baru kerana dilaporkan sebelum ini adun-adun Warisan sudah mengadakan perundingan dengan pelbagai pihak. Sekarang bila kantoi Adun-adun Warisan melakukan ‘U-turn’ membuat penafian

KOTA KINABALU : Beberapa ahli Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Warisan  menyangkal dakwaan akan menyusur keluar daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) selepas tindakan ADUN Sebatik meninggalkan parti pada Khamis.

Norazlinah Arif  Adun Kunak dalam satu kenyataan berkata, dakwaan itu adalah fitnah dan beliau masih setia kepada Warisan di bawah pimpinan Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Bagi saya semuanya adalah fitnah, saya antara orang yang awal menyatakan kesetiaan kepada pimpinan Datuk Seri (Mohd Shafie) dan saya akan pastikan menjaga maruah orang Kunak kekal dengan Warisan.

“Saya percaya, justifikasi yang diberikan oleh ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir betul-betul tidak adil. Saya antara wakil rakyat di bawah kepimpinan Presiden dan tidak ada dalam justifikasinya itu betul, kami sering juga dipanggil untuk berbincang dan menjelaskan kepada kami setiap apa gerakan kita (Warisan),” katanya

Sementara itu, ADUN Tanjong Kapor, Chong Chen Bin menerusi kenyataan di Facebook turut menyatakan pendiriannya kekal bersama Warisan.

“Saya sebagai wakil rakyat Tanjong Kapor dengan ini menyatakan secara jelas dan nyata bahawa pendirian saya bersama Warisan serta pemimpin lain yang masih tetap setia dengan Datuk Seri Shafie Apdal.

“Saya akan tetap menghormati dan menjunjung mandat rakyat dan undi untuk kekal bersama Warisan bersama beliau sebagai Presiden Parti,” katanya.

Tambahnya, kenyataan ADUN Sebatik yang keluar daripada Warisan dengan mendakwa hilang kepercayaan kepada Mohd Shafie adalah tindakan beliau sendiri dan kepentingan bersifat peribadi.

“Alasan diberikan oleh wakil rakyat tersebut adalah bersifat angkuh dan sombong dengan mendakwa Warisan telah kehilangan sokongan rakyat adalah tidak benar dan berniat jahat semata-mata.

“Tindakan wakil rakyat tersebut dengan mengisytiharkan mesra Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah topeng sebenar bahawa diri individu tersebut adalah memperalatkan rakyat Sabah untuk mendapat suara politik daripada pengaruh GRS,” katanya.

Turut membuat penafian ialah Datuk Azhar Matusin Adun Darau, YB Assaffal Alian Adun Tunku dan Dr Daud Adun Bongawan.

Sabahkini2 sebelum ini melaporkan enam Adun Warisan dan seorang lagi pemimpin kanan parti yang akan menyusul keluar daripada Warisan selepas ADUN Sebatik.

Enam Adun itu ialah  YB. Assaffal Alian, (Tungku), Mohamad Mohammarin (Banggi), Azhar Hj Matussin (Darau), Norazlinah Arif (Kunak), Ben Chong Chen Bin (Tanjong Kapor), Dr Daud Yusof (Bongawan) dan seorang lagi pemimpin paling kanan Warisan bekas Menteri di Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Enam lagi Adun Warisan keluar parti sokong GRS? ]

Desas-desus Adun Warisan keluar parti bukan baru kerana dilaporkan sebelum ini adun-adun Warisan sudah mengadakan perundingan dengan pelbagai pihak.

Apa yang berlaku sekarang Adun-adun Warisan melakukan ‘U-turn’ selepas kantoi bakal keluar parti.

Mungkinkah akan ada lagi Adun atau bekas Menteri Warisan yang akan keluar parti?

 

8 Comments