KJ tidak ambil suntikan vaksin Pfizer kerana Sinovac yang belum lulus NPRA?
12:02 Feb 28, 2021  |  By SabahKini2
KJ tidak ambil suntikan vaksin Pfizer kerana Sinovac yang belum lulus NPRA?

Khairy Jamaluddin tidak mahu mengambil vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech apakah kerana mahu menunggu vaksin Sinovac?. Sinovac belum lulus NPRA namun kerana dibawa oleh Pharmaniaga secara istimewa maka ia sampai di Malaysia. Apakah KJ menunggu Sinovac?

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memutuskan untuk tidak mengambil suntikan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech.

Beliau menggambarkan akan menjadi orang pertama mengambil vaksin yang akan diluluskan seterusnya nanti.

Apakah vaksin itu? Apakah Sinovac Biotech atau AstraZeneca Oxford?. Dilaporkan Khairy mempunyai hubungan rapat dengan dua pengeluar vaksin ini.

Susulan kenyataan Khairy itu telah mencetuskan pelbagai spekulasi sehingga terpaksa menjawab mengapa beliau tidak memilih Pfizer BioNTech

Menurutnya, keputusan yang dibuat itu bukan bermakna vaksin keluaran Pfizer itu tidak bagus tetapi beliau ingin memberi contoh kepada vaksin kedua yang akan digunakan di negara ini.

"Saya telah meneliti sejak beberapa hari ini (tentang) pandangan dan pendapat daripada rakyat. Saya melihat Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin), Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) dan sekarang ini ramai menteri besar dan petugas barisan hadapan mula menerima vaksin Pfizer.

"Jadi rakyat sudah semakin yakin dengan Pfizer sebab Perdana Menteri sudah ambil, Menteri Pertahanan pun sudah ambil (dan) tidak ada apa apa kesan sampingan.

"Jadi saya sudah membuat keputusan semalam, bahawa akan ambil vaksin yang akan diluluskan seterusnya," katanya pada sidang media sempena Ketibaan Bekalan Kedua Vaksin Covid-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu.

Kontroversi Sinovac

Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan turut menjawab isu kontroversi Sinovac yang belum diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) KKM namun telah tiba di negara ini 27 Februari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan Vaksin COVID-19 Sinovac belum mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Apa yang berlaku sekarang hanyalah dalam bentuk ‘fill and finish’ (pemindahan teknologi, logistik, rantaian pengedaran) membabitkan iaitu proses akhir pengisian vaksin ke dalam bebuli sebelum diedarkan.

NPRA masih sedang membuat penilaian vaksin berkenaan dan maklumat keberkesanan belum diperoleh.

“Kita lihat kepada keselamatan dan kestabilan bekalan vaksin Sinovac ini,” katanya

Netizen mempersoalkan apa keistimewaan Sinovac boleh di bawa ke Malaysia sedangkan belum ada kelulusan NPRA dan  mungkin proses kelulusannya memakan masa memandangkan semua vaksin perlu melalui proses yang ketat.

NPRA sebelum ini telah memberikan pendaftaran bersyarat untuk vaksin Covid-19 Pfizer namun belum memberi kelulusan kepada Sinovac, Astrazeneca dan Sputnik.

Lebih memburukkan keadaan Pharmaniaga membuat kenyataan awal media tentang penerimaan vaksin Sinovac itu secara besar-besaran seolah-olah kerajaan telah memberi kelulusan NPRA.

Hanya semata-mata mahu menaikkan harga saham Pharmaniaga, Pharmaniafa
mendahului NPRA dan KKM. Sesuatu yang tidak pernah dilakukan Pfizer-BioNTech

Tekanan buat NPRA

Terdapat desas-desus Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sedang memberi tekanan kepada NPRA agar meluluskan vaksin Sinovac.

Sedangkan pelbagai pihak tahu pengeluar vaksin seperti Sinovac masih gagal memberikan dokumen yang lengkap kepada NPRA berhubung keberkesanan vaksin Sinovac.

Kerana mempertahankan Sinovac Khairy berkata pembelian awal Sinovac menyamai langkah Singapura yang membeli lebih awal walaupun belum diluluskan oleh badan pengawal selia vaksin di negara itu.

Kredit Astro Awani

Netizen berharap langkah membawa awal Sinovac bukanlah satu jalan untuk memberi tekanan kepada NPRA memberi kelulusan lebih awal jika tidak menepati piawaian. Ini nyawa rakyat dan jangan dipertaruhkan.

Langkah KKM tidak hadir program sambutan vaksin Sinovac secara besar-besaran dilihat langkah yang tepat agar tiada pandangan serong terhadap KKM dan NPRA. Tidak ada unsur kepentingan dalam perolehan vaksin Sinovac yang belum punya kelulusan NPRA itu.

Apakah selagi Khairy Jamaluddin tidak menerima suntikan vaksin Sinovac semakin kuat tekanan kepada NPRA?

 Sudah pasti mudah diramal vaksin yang KJ mahu iaitu Sinovac! Itulah jawapan mengapa KJ mendesak NPRA meluluskan segara Sinovac.

Diharap NPRA mengekalkan integritinya tanpa merasa tekanan daripada pelbagai pihak.

4 Comments