Pegawai agama yang dibayar elaunnya oleh JAKIM berusia 50 tahun itu yang sering yang sering dibawa oleh JHEAINS melakukan serbuan khalwat itu akhirnya terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian terbabit kepada abang dan kakak iparnya.
BEAUFORT: Harian Metro Isnin lalu melaporkan seorang ‘imam’ di Daerah Beaufort merogol gadis berusia 14 tahun yang ditangkap berkhalwat dengan pasangannya. Imam itu dikatakan dua kali merogol mangsa di sebuah hotel di Beaufort.
Pegawai agama yang dibayar elaunnya oleh JAKIM berusia 50 tahun itu yang sering yang sering dibawa oleh JHEAINS melakukan serbuan khalwat itu akhirnya terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian terbabit kepada abang dan kakak iparnya.
Mangsa kemudian dibantu oleh ahli keluarganya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort.
Susulan itu, Pegawai agama terbabit ditahan polis di rumahnya di sebuah kampung Lupak Beaufort, pada hari sama.
Menurut sumber, mangsa bersama teman lelakinya antara pasangan yang ditangkap berkhalwat di sebuah hotel di Beaufort oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) cawangan Beaufort pada 16 Disember tahun lalu.
Pegawai jabatan agama itu kemudiannya menemui mangsa untuk membantu menyelesaikan kes berkenaan.
"Lelaki terbabit mendakwa akan menyediakan urusan semua borang pertunangan dan pernikahan remaja itu dan pasangannya.
"Susulan itu, pada 29 Disember 2017, lelaki itu kemudian datang ke rumah mangsa dan mengajak menguruskan borang nikah sambil ditemani oleh adik lelaki mangsa," katanya.
Sumber berkata, ketika di pekan Beaufort, mangsa diminta supaya mendaftar masuk ke sebuah hotel untuk mengisi surat nikah, manakala adiknya menunggu di sebuah restoran.
"Suspek kemudian masuk ke dalam bilik hotel lalu memujuk rayu mangsa sebelum merogolnya.
"Namun, kejadian itu bukan pertama kali dan lelaki itu dipercayai sekali lagi merogol mangsa di hotel sama pada 3 Januari lalu," katanya.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din ketika dihubungi mengesahkan tangkapan suspek.
"Bagaimanapun, kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol.
Menurut sumber pegawai agama itu bukan dari jabatan JHEAINS dan elaunnya dibayar oleh JAKIM. Jadi cara media melaporkan ‘imam’ dan seolah-olah memburukkan JHEAINS itu adalah tidak tepat.
JHEAINS tidak teragak-agak menyaman media yang membuat laporan mendahului siasatan polis.