SPRM serbu JKR Daerah, Konsesi ‘Peter’ Gagal di Jalan Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu pula terbongkar!
16:03 Mar 03, 2021  |  By SabahKini2
SPRM serbu JKR Daerah, Konsesi ‘Peter’  Gagal di Jalan Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu pula terbongkar!

Memang wajar SPRM serbu!. Sebelum ini AK Setiabina Sdn Bhd bernilai RM400 juta melayang Keningau, Tambunan dan Nabawan. Kini di Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu juga sama. Konsesi 'claim' berjuta tapi jalan hampeh!

Susulan pendedahan Sabahkini2 mengenai Dalang Pegawai JKR bayar konsesi ‘kroni’ ratusan juta  selain gambar-gambar projek jalan konsesi di setiap zon oleh konsesi AK Kontraktor Sdn Bhd (RM 325 Juta), Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd (RM 500 juta), AK Setia Bina Sdn Bhd (RM400 juta) dan Sinaran Mewah (RM325 juta) satu serbuan oleh pegawai SPRM dilakukan di daerah yang dimaksudkan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Dalang Pegawai JKR bayar konsesi ‘kroni’ ratusan juta terbongkar! SPRM digesa siasat]

Dalang Pegawai JKR bayar konsesi ‘kroni’ ratusan juta terbongkar! SPRM digesa siasat

Ia melibatkan pegawai JKR Sabah Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pemeliharaan Jalanraya, Ir. CHONG KOK HOWE @ MAX dan juga beberapa Jurutera JKR Daerah yang mendalangi memperakukan kerja konsesi selenggaraan daerah tetapi tidak menepati piawaian yang ditetapkan. 

Konsesi kroni Peter Anthony RM1.5b wajar disiasat SPRM memandangkan kerajaan negeri kerugian lebih RM500 juta akibat konsesi yang merugikan rakyat. Rakyat pula mendapat projek jalan yang teruk.

Dikala ini dilaporkan menurut sumber konsesi juga telah menghantar tuntutan bagi kerja-kerja selenggaraan jalan daerah walaupun dilihat gagal melaksanakannya. 

Oleh kerana SPRM masih menyiasat Jurutera Daerah di pelbagai zon kini kita teruskan pula pendedahan di Zon Daerah Beaufort , Sipitang dan Kuala Penyu oleh AK Setiabina Sdn Bhd.

Sebelum ini Sabahkini2 telah mendedahkan selenggaraan jalan Zon Keningau, Tambunan dan Nabawan. Namun kali ini kita lihat selenggaraan jalan Beaufort , Sipitang dan Kuala Penyu pula

[ARTIKEL BERKAITAN- Konsesi 'Peter' AK Setia Bina RM400 juta: Rakyat Keningau, Tambunan, Nabawan, Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu dapat apa? ]

Berikut merupakan antara gambar terbaru yang diambil dari tapak projek jalan selenggaraan konsesi AK Setiabina Sdn Bhd di Zon Beaufort , Sipitang dan Kuala Penyu dengan kontrak RM400 juta.  Diharap SPRM menjengah pula Jurutera Daerah Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu. Nilaikan sendiri wajah projek RM 400 juta itu. 

 BEAUFORT

KUALA PENYU

SIPITANG

 

 

 

46 Comments