Gelandangan Palauh: Polis gempur PATI, UPPM bertindak, Junz Wong berdiam diri
10:03 Mar 05, 2021  |  By SabahKini2
Gelandangan Palauh: Polis gempur PATI,  UPPM bertindak, Junz Wong berdiam diri

Selepas tular Palauh berasal dari Semporna jadi gelandangan di Sembulan Polis bertindak akan menggempur PATI seluruh Sabah. UPPM Tanjung Aru juga telah bertindak awal membuat laporan itu sementara Junz Wong hanya berdiam diri.

Polis Sabah akan melaksana operasi bersepadu bagi menangani pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini selepas jangkitan Covid-19 berjaya dilandaikan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, susulan insiden terbaru yang ditularkan di media sosial dimana, sekumpulan masyarakat Palauh berasal dari Semporna yang tinggal di dalam khemah di Sembulan.

“Selepas jangkitan Covid-19 landai, kita akan menjalankan operasi bagi menangani PATI dan masalah setinggan di Sabah.

Kerajaan Negeri menetapkan rentas negeri mengikut 6 zon sahaja bagi mengelak PATI rentas daerah seperti yang berlaku di Sembulan ini. 

 

Palauh ke darat

Semalam, tular di laman media sosial, sekumpulan masyarakat Bajau Laut atau Palauh dilihat tinggal dalam khemah berhampiran Kampung Sembulan Lama.

Ketika rentas sempadan daerah dibuka mereka ini datang daripada Semporna ke Kota Kinabalu beberapa bulan lepas menaiki bas dengan kos RM40 mencari pekerjaan

Menjadi satu trend kini masyarakat Palauh yang miskin dan tiada Pendidikan dari Semporna keluar dari Semporna ke daerah-daerah pantai timur dan kini sudah berani menyeberang ke Kota Kinabalu.

Baru-baru ini lawatan Ustaz Ebit Lew menggambarkan keadaan hidup miskin mereka dan nomad di laut. Pelbagai usaha dilakukan membantu mereka namun masih berada ditakuk lama memandangkan majoriti kaum palauh ni adalah ‘stateless’.

Datuk Seri Shafie Apdal selaku Ahli Parlimen Semporna dan bekas Ketua Menteri Sabah pun gagal mengatasi isu Palauh ini sejak puluhan tahun lalu.


Palauh Semporna lari ke Kota Kinabalu - ' Kecoh mengenai UEL rupanya Rakyat Semporna ramai miskin,
tiada pendidikan Shafie MP Semporna hilang?'

Mereka kini berada di Kota Kinabalu menjadi peminta sedekah.

Adun Tanjung Aru Junz Wong Warisan pula membiarkan isu ini seolah-olah tidak kisah kehadiran Palauh yang tidur di kawasan setinggan Sembulan itu. Junz Wong mungkin risau menyentuh hal Palauh memandangkan kaum itu berhijrah daripada Semporna kawasan Presiden Parti Warisan. 

Bagi Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dun Tanjung Aru Mohd Reduan Datuk Aklee telah bertindak februari lalu mengenai aduan gelandangan daripada Palauh ini untuk tindakan segera.

Turut mengambil tindakan selepas aduan tular ialah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bersakama RELA dan Jabatan Imigresen. Dilaporkan 165 Palauh dikumpulkan di di kawasan haram itu.

 

 

Pengarah Imigresen Sabah Dato' Dr. Muhamad Sade Bin Mohamad Amin bertaraf JUSA C syor lantikan Datuk Azis Jamman bekas Timbalan Menteri KDN itu agaknya baru tersedar dengan insiden palauh di Kota Kinabalu yang semakin membimbangkan. Sepatutnya isu warga asing PTI sudah ditangani lebih awal oleh Jabatan Imigresen Sabah. 

 

8 Comments