UMNO Sabah ada autonomi, tenang kami tetap kerjasama dengan Bersatu kata Bung
23:03 Mar 05, 2021  |  By SabahKini2
UMNO Sabah ada autonomi, tenang kami tetap kerjasama dengan Bersatu kata Bung

Tidak puas hati ya memang ramai tidak puas hati. Bukan mudah puaskan hati semua tapi tidak bermakna rasa tidak puas hati itu perlu menghancurkan perjuangan sebelum ini. UMNO Sabah ada kuasa autonomi, jadi tetap menjalinkan kerjasama dengan Bersatu melalu

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengakui wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, perkara itu benar-benar wujud, namun ia tidak bermakna perlu menghancurkan perjuangan yang dibawa kesemua parti dalam gabungan tersebut.

“Memang ada timbul isu tidak puas hati seperti UMNO tidak puas hati, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) tidak puas hati dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga sama tidak puas hati kerana mendakwa UMNO memperolehi banyak jawatan, sedangkan tidak.

“Jadi, susah untuk kita puaskan hati semua orang (pemimpin dalam GRS) namun, ini tidak bermakna rasa tidak puas hati itu perlu menghancurkan perjuangan dan yang penting semua pemimpin GRS perlu ada keikhlasan dan pertahankan apa yang kita ada ketika ini,” katanya 

Sebelum ini tular spekulasi mengenai keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Janda Baik, Pahang untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata, UMNO Sabah tetap akan bekerjasama dengan Bersatu menerusi GRS yang ditubuhkan sebelum ini.

“Di Sabah, UMNO ada kuasa autonomi, jadi kami tenang dulu dan tetap menjalinkan kerjasama dengan Bersatu.

“Setakat ini, kami tiada isu dan tiada masalah. Kami tetap akan jalin kerjasama dengan Bersatu dan parti-parti dalam GRS,” katanya.

Disaat kemelut UMNO-Bersatu di Perak disember tahun lalu Bung sejak awal bertegas bahawa UMNO Sabah tidak akan mengkhianati jalinan kerjasamanya dengan parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS)

Malah pada awal januari lalu UMNO-BN bersama parti politik yang membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mengekalkan kerjasama mereka, selain menolak campur tangan luar yang cuba menggugat gabungan itu.

MoU itu ditandatangani Pengerusi BERSATU Sabah, Datuk Hajiji Noor; Pengerusi Barisan Nasional (bn) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee; Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Ellron Alfred Angin; Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Radin Malleh; Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan; Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Joseph Kurup; Pengerusi MIC Sabah, Peer Muhamad dan Pengerusi MCA Sabah, Lu Yen Tung.

Ketika sambutan UMNO 30 tahun di Sabah baru-baru ini Presiden UMNO sendiri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyokong  GRS  dan memperkukuh hubungan itu di Sabah.

Zahid menyeru semua parti yang membentuk gabungan itu mencari titik persamaan dalam parti masing-masing dalam usaha memperkuatkan GRS.

Maka tidak ada asas UMNO Sabah tidak bekerjasama dengan Bersatu di Sabah.

1 Comment