Tiada siapa ajak Wilfred Madius Tangau lompat Parti, siapa mahu dia?
18:03 Mar 09, 2021  |  By SabahKini2
Tiada siapa ajak Wilfred Madius Tangau lompat Parti, siapa mahu dia?

Tiada angin, tiada ribut malahan desas-desus mengenainya tiba-tiba hari ini Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menafikan dakwaan kononnya beliau akan melompat parti. Isunya siapa mahu pengkhianat seperti dia?

Tiada angin, tiada ribut malahan desas-desus mengenainya tiba-tiba hari ini Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menafikan dakwaan kononnya beliau adalah seorang daripada wakil rakyat di Sabah yang akan melompat parti

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang mencabar Anwar membentuk kabinet bayangan baru ini cuba menepis dakwaan kononnya berita palsu itu sengaja dibuat oleh pihak tertentu untuk mewujudkan ketidakstabilan dalam kalangan pemimpin parti pembangkang.

“Saya sudah dimaklumkan oleh rakan-rakan pimpinan UPKO bahawa ada satu portal yang mengaitkan nama saya…kononnya saya seorang daripada Ahli Parlimen pembangkang yang akan melompat dan memberi sokongan kepada kerajaan PN.

“Ini adalah usaha terdesak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya sekeras-kerasnya menafikan dakwaan berkenaan….Saya mahu pihak yang berkenaan berhenti menyebarkan fitnah ini.

“Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika ia tidak dihentikan,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Facebook beliau.


Drama lompat parti 12 Mei 2018 BACA

Pada pilihan Raya Umum Ke-14, Madius dan rombongan UPKO melompat keluar BN menyertai pakatan Warisan PH pada 11 Mei 2018 yang menyebabkan kerajaan BN dirampas pada 12 Mei 2018 selepas Datuk Seri Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah baharu.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran ketika itu ditawarkan sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap  Menteri Perdagangan dan Industri Sabah. Turut diberi jawatan ialah Datuk Ewon Benedict sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah.

Dalam PRN Sabah baru-baru ini Madius Tangau bersama calon UPKO tewas disemua kawasan DUN kecuali Dun Kadamaian Ewon Benedict.

Ini bermakna Rakyat Sabah di kawasan luar bandar yang  UPKO banyak bertanding ditolak rakyat. Dijangka jika PRU15 Datuk Madius Tangau bakal tewas di Parlimen Tuaran.

Netizen melihat berita penafian Madius Tangau lompat parti direka sendiri oleh UKPO dan Madius untuk menunjukkan kononnya mereka masih relevan penentu politik di Sabah.

13 Comments