Projek bekalan air Semporna RM142 juta milik Pegawai Khas Shafie Apdal, SPRM reman 4 individu
01:03 Mar 11, 2021  |  By SabahKini2
Projek bekalan air Semporna RM142 juta milik Pegawai Khas Shafie Apdal, SPRM reman 4  individu

Projek RM142 juta Bekalan Air Semporna dipernah kecoh. Bagaimana syarikat harga lebih mahal diberikan projek sedangkan Lembaga Perolehan A KPLB telah putuskan syarikat yang layak dari segi teknikal & harga. Projek ini dikaitkan dengan Pegawai Khas Shafie

Media melaporkan dua pengarah dan dua lagi pengurus syarikat pembinaan direman selama empat hari bagi siasatan kes rasuah melibatkan tender projek bekalan air luar bandar di Semporna bernilai RM142 juta pada  2019.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Stephanie Sherron Abbie di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu di sini setelah permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Sumber juga memberitahu  kes itu disiasat di bawah Akta SPRM 2009 dan kemungkinan bakal menangkap lagi beberapa individu terlibat.  

Projek Kroni Shafie Apdal!

22 Mei 2020 Sabahkini2 mendedahkan skandal rasuah Projek BALB Kawasan Semporna Sabah Secara Tender KPLB.T.17/2019 bernilai RM156 juta (anggaran) ketika Pakatan Harapan berkuasa melibatkan Lim Guan Eng Menteri Kewangan, KSU KPLB (Ahmad Jailani Muhamed Yunus) dan Datuk Izhar Idrus Pegawai Khas Ketua Menteri Sabah ketika itu Shafie Apdal.

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal Projek Bekalan Air Semporna: SPRM Perlu Siasat KSU KPLB sekongkol beri kroni Shafie! ]

Projek ini luar biasa kerana ‘Retender’ beberapa kali namun pelantikan kontraktornya berubah banyak kali kerana permainan pegawai teknikal tender KPLB selain keputusan Lembaga Perolehan A KPLB yang berubah.

Dilaporkan projek ini dikaitkan dengan Datuk Izhar Idrus Pegawai Khas Datuk Seri Shafie Apdal (Mengurus projek di Semenanjung) yang cuba kawtim dengan  KSU KPLB Dato’ Ahmad Jailani.

Siapa tidak kenal dengan Datuk Izhar bekas SUSK Shafie Apdal ketika Menteri KPLB yang terlibat dengan kes penyelewengan KKLW RM1.5bilion pada tahun 2017. Beliau turut ditahan reman ketika kes itu. Selepas Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri beliau kekal bertugas dengan Shafie malah dianugerahkan gelaran 'Datuk' Sabah.

SILA BACA

[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie Apdal dedah syarikat projek KKLW yang 'adiknya' terima rasuah projek ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Isteri Ketua Menteri, Bekas Setiausaha Shafie, Amarjit yang pernah direman SPRM diberi ‘Datuk’ ]

[ARTIKEL BERKAITAN- PTD Gred 54 miliki akaun RM29 juta tidak didakwa demi selamatkan Shafie Apdal? ]

Sebagai Ketua Menteri dan Ahli Parlimen Semporna pemilihan kontraktor projek yang disokong Shafie Apdal ini berubah-ubah sekejab Juta Hajat Sdn Bhd, Prinsip Hasil Sdn Bhd dan Syarikat Exodaya Sdn Bhd. Ia berdsarkan rundingan siapa pemberi komisen terbesar dan disenarai pendek dalam LPA KPLB dan JPMK MOF. Lihat bukti ini.

Ulasan Pegawai KPLB dalam tender 'Mengelakkan siasatan daripada pihak SPRM susulan kontroversi hasil penilaian tender ini" 

Dalam laporan Jawatankuasa teknikal dan LPA KPLB memilih syarikat PRINSIP HASIL SDN BHD dengan markah tertinggi daripada 90 syarikat dinilai sehingga 8 syarikat disenarai pendek antaranya dikenal pasti ialah Petender Kod 46/95 Syarikat Juta Hajat Sdn Bhd harga RM139.4 juta, Petender Kod 2/95 Prinsip Hasil Sdn Bhd (RM140 juta) dan Kod 37/95 Syarikat Exodaya Sdn Bhd RM 142.7 juta.

Sekalipun Lembaga Perolehan A KPLB memilih Prinsip Hasil Sdn Bhd tetapi Lim Guan Eng  Menteri Kewangan yang mempengerusikan Jawatan kuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) pada awal bulan Februari 2020 memilih  Syarikat Exodaya Sdn Bhd yang RM2 juta lebih mahal dari syarikat disyorkan LPA KPLB.

Agaknya berapakah komisen Lim Guan Eng , Tony Pua, Shafie Apdal, Datuk Izhar dan KSU KPLB dalam projek ini?

Dilaporkan Datuk Izhar Idrus berlagak mendapat projek ini katanya walaupun bukan lagi PH berkuasa tetapi keputusannya sudah ditentukan lebih awal oleh Lim Guan Eng dan PH. Kesombongan Izhar itu tidak berpanjangan selepas semalam semua yang terkait direman SPRM.

Dokumen penilaian Projek BALB Kawasan Semporna Sabah Secara Tender KPLB.T.17/2019 ini telah tersebar luas beberapa bulan lalu. Oleh itu tindakan SPRM menyiasat dan mereman individu terlibat hari ini wajar dipuji. SPRM bertindak tepat menyelesaikan kes ini. PH menuduh SPRM menuduh dengan pelbagai tuduhan namun SPRM kini membuktikan mereka melakukan  kerja tanpa memilih siapa.

Apakah Datuk Izhar akan dipanggil semula oleh SPRM dalam kes Projek Bekalan Air Luar Bandar di Semporna ini?

9 Comments