Giliran RELA Perlis lapor polis Shafie Apdal
19:01 Jan 19, 2018  |  By SabahKini2
Giliran RELA Perlis lapor polis Shafie Apdal

Jurucakap RELA Perlis, Yahya Bakar berkata laporan itu juga bertujuan untuk mendesak bekas menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu membuat permohonan maaf kepada jabatan berkenaan.

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Perlis, hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang didakwa mempersoalkan kredibiliti dan memperlekeh peranan anggota jabatan itu baru-baru ini.

Jurucakap RELA Perlis, Yahya Bakar berkata laporan itu juga bertujuan untuk mendesak bekas menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu membuat permohonan maaf kepada jabatan berkenaan.

“Jangan perlekehkan anggota RELA, sebab ada juga dalam anggota kita ini ada kemahiran menggunakan senjata api sebab pernah jadi anggota keselamatan sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar hari ini.

Baru-baru ini tular di laman sosial, Mohd Shafie ketika berucap dalam program Bicara Presiden Warisan di Tuaran, Sabah, dilihat mempertikaikan tindakan menempatkan anggota RELA yang didakwanya tidak mahir mengendalikan senjata api untuk penugasan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

- Bernama

 
 
 
 
 
Comment