Kroni Shafie, Warisan hidup mewah kerana kumpit, 'Barter Trade', mengapa marah GRS?
15:03 Mar 12, 2021  |  By SabahKini2
Kroni Shafie, Warisan hidup mewah kerana kumpit, 'Barter Trade', mengapa marah GRS?

Ketika PKP semua tidak dibenarkan. Hari ini Kerajaan benarkan kumpit Indonesia dan Filipina rancakkan ekonomi barter trade dan transhipment. Mengapa Warisan marah? Warisan luluskan 'barter trade' sejak 2019 demi kroni. Mereka kaya hingga kini.

Awal mac lalu Kerajaan Sabah mengambil keputusan mula membenarkan pergerakan kapal-kapal Non-Convention Ship (NCS) atau kumpit Indonesia dan Filipina yang memasuki perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) bagi aktiviti barter trade dan transhipment bermula Jumaat (5 Mac).

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, kebenaran itu diberikan setelah penilaian dan pertimbangan daripada agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri di Sabah dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN).

Bagaimanapun, semua pemain ekonomi dalam sektor ini hendaklah sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mengelakkan wujudnya kluster-kluster baharu kelak.

Semua pemain sektor perdagangan tukar barang dan transhipment diseru memastikan semua kru kapal bebas daripada jangkitan Covid-19; semua kru tidak dibenarkan turun ke daratan dan proses pemunggahan hendaklah dilakukan oleh syarikat tempatan; semua kapal yang masuk dan keluar hendaklah melalui laluan yang telah ditetapkan; dan mematuhi SOP, peraturan serta perundangan yang sedang berkuatkuasa.


SOP Ketat

Beliau berkata, diharap dengan kebenaran ini, para peniaga dan pengusaha yang terlibat dalam ekonomi barter trade dan transhipment dapat kembali bangkit dan menyumbang kepada ekonomi negeri Sabah.

Sekatan PKP

Hajiji berkata, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 13 Oktober tahun lalu, penggunaan kapal NCS/kumpit bagi aktiviti ekonomi barter trade dan transhipment ini telah digantung.

Dalam tempoh itu hanya kapal Convention Ship sahaja dibenarkan untuk meneruskan aktiviti perniagaan di bawah aktivit transhipment.

Keadaan itu menyebabkan peniaga-peniaga yang terlibat dalam aktiviti ekonomi ini berdepan kesukaran untuk menggunakan kapal Convention Ship bagi aktiviti ini memandangkan pelabuhan-pelabuhan di Selatan Filipina tidak mempunyai kemudahan untuk kapal-kapal Convention Ship.

Warisan menyerang kerajaan benarkan kumpit dan barter trade

Mengapa Warisan dan blog milik mereka menyerang kebenaran Kerajaan untuk kapal-kapal Non-Convention Ship (NCS) atau kumpit Indonesia dan Filipina yang memasuki perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) bagi aktiviti barter trade dan transhipment?

Semua tu terhenti hanya PKP sedangkan hakikatnya kebenaran kapal kumpit dan Barter Trade disambung semula sebulan selepas Warisan Plus merampas kuasa di Sabah tahun 2018.

Sistem ‘Barter Trade’ Sabah bermula 1 Jan 2019 kejayaan kroni Shafie?

Semua pihak tahu Kerajaan BN pada tahun 2016 telah menggantung dan menghentikan serta-merta sebarang aktiviti perniagaan tukar barang (barter trade) dan aktiviti perdagangan petroleum serta gas di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone). Penentangnya ketika itu ialah kroni Shafie Apdal Nordin Ening ‘orang kuat Warisan’ bekas Vice Chairman BIMP-EAGA Malaysia Business Council (BEMBC)

Desakan demi desakan kroni Shafie akhirnya sistem barter itu dibenarkan beroperasi semula. Malah pada julai 2018 ketika perundingan pelaksanaannya telah mencetuskan isu  di media Indonesia apabila Nordin kroni Shafie itu menjual nama sebagai Pegawai Khas Ketua Menteri Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kecoh Pegawai Khas 'Palsu' Ketua Menteri bertemu Konsulat Tawau ]

Kecoh Pegawai Khas 'Palsu' Ketua Menteri bertemu Konsulat Tawau

Pelaksanaan penuh sistem barter ialah pada 1 Januari 2019. Ini menguntungkan kroni Shafie Apdal dalam urusan barter trade ketika itu. Nordin akhirnya mengawal semula BIMP-EAGA Malaysia Business Council. 

Di kala Warisan berkuasa  Nordin Ening Kroni Shafie ketika itu terlibat dengan kes seludup beras Vietnam pada bulan Mac 2019. Kecoh ketika itu 351 kontena beras ditahan kastam. Nordin dan syarikatnya berdemo membantah rampasan beras mereka.  Beliau mencabar kononnya kerajaan negeri akan kerugian RM 2 bilion SCBTA.

Kes itu di dakwa di mahkamah namun status kes itu sekarang kekal samar.

 

 

 

Susulan kes itu Ketua Menteri Warisan Datuk Seri Shafie Apdal cuba campur tangan mahu menyelamatkan Nordin Ening. Shafie berkata akan mendapatkan maklumat terperinci mengenai penahanan beras dari Vietnam di pelabuhan Sepanggar oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Media pro Warisan melaporkan kes itu secara terbuka.

Cubaan Shafie ketika itu nampaknya gagal namun berjaya meminta Pengarah Kastam Sabah (Orang Semporna) melengahkan kes itu. SPRM wajar menyiasat kes ini semula. 

Sehingga kini sistem barter trade dan kapal kumpit ini diteruskan. Ia bukan berita baharu ia sudah diluluskan sebelum ini oleh Kerajaan Warisan. Oleh itu jika ia masih menguntungkan Warisan, Nordin Ening dan semua kroni Shafie Apdal mengapa pula Warisan marah kepada kebenaran kapal kumpit untuk barter trade yang diperjuangkan oleh kroni Shafie sebelum ini?

Yang berbeza hanyalah SOP ketat semua kru tidak dibenarkan turun ke daratan,  pemunggahan barang  hanya kapal tempatan dan  keluar masuk  melalui laluan yang telah ditetapkan. Apa Warisan marah barter trade sebelum ini dilaksana Warisan mungkin menyeludup PATI dan sekarang disekat?

Sepatutnya Shafie Apdal, Warisan dan medianya berterima kasih kepada Datuk Seri Hajiji Ketua Menteri Sabah kerana mengekalkan sistem ini demi merancangkan ekonomi Sabah. 

 Nordin Ening- Kroni Shafie Warisan mewah. Mengapa marah. Dia berjaya kerana kumpit, beras dan juga Barter Trade
Malah sekarang di Kementerian Pertanian pun dia masih untung.

 

Nordin Ening juga tak kisah disaman berjuta. Katanya dia kaya. Dia mampu melawan kos guaman berjuta sekalipun asalkan 'lawan tatap lawan'. Apapun berlaku katanya dia tetap setia kepada Shafie Apdal walaupun kerajaan Warisan telah tewas. 


 

5 Comments