Kompaun RM10,000 boleh rayu tidak bayar serta- merta boleh jadi RM100 atau RM1,000 - Takiyuddin
16:03 Mar 13, 2021  |  By SabahKini2
Kompaun RM10,000 boleh rayu tidak bayar serta- merta  boleh jadi RM100 atau RM1,000 - Takiyuddin

Kompaun yang ditulis atas notis saman bukanlah sesuatu yang muktamad, kerana individu terbabit boleh membuat rayuan berdasarkan budi bicara pegawai yang diberi kuasa. Ia boleh jadi RM100 atau RM1,000.. bergantung kepada bentuk kesalahan

PUTRAJAYA- Individu yang dikompaun RM10,000 akibat ingkar prosedur operasi standard (SOP) di bawah Ordinan Darurat  Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan) 2021 tidak perlu menjelaskan denda itu serta-merta, dan mereka juga boleh merayu dengan pihak diberi kuasa bagi mengurangkan jumlah kompaun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata jumlah kompaun yang ditulis atas notis saman bukanlah sesuatu yang muktamad, kerana individu terbabit boleh membuat rayuan berdasarkan budi bicara pegawai yang diberi kuasa.

"Ordinan itu menyebut tidak melebihi RM10,000. Ia boleh jadi RM100 atau RM1,000.. bergantung kepada bentuk kesalahan," katanya dalam sidang media 

Ordinan Darurat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan) 2021 menyatakan mana-mana individu yang melanggar SOP sewaktu tempoh pelaksanaan darurat, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000, dan ia berkuat kuasa 11 Mac.

Seksyen 25 itu turut memperuntukkan bidang kuasa kepada Ketua Pengarah Kesihatan atau mana-mana pegawai diberi kuasa untuk mengkompaun mana-mana kesalahan di bawah akta berkenaan.

Baru-baru ini tular di media sosial seorang individu dikompaun RM10,000 kerana gagal mencatat kehadiran di sebuah restoran melalui catitan buku atau aplikasi MySejahtera dan juga rentas daerah

Takiyuddin berkata kompaun itu juga tidak perlu dibayar segera kerana individu diberi tempoh sebulan, dan dalam tempoh ini mereka boleh pergi ke Pejabat Kesihatan Daerah dan berjumpa dengan pegawai yang diberi kuasa untuk membuat rayuan.

Beliau berkata jika individu mahu kompaunnya diturunkan lagi, mereka juga boleh pergi ke mahkamah bagi proses perundangan seterusnya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini ini dilaporkan berkata 330 notis kompaun RM10,000 telah dikeluarkan kepada individu yang melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Sejak pelaksanaan undang-undang itu rakyat nampak belum memahami sepenuhnya akta itu dan menyalahkan kerajaan kononnya menyusahkan rakyat wal hal mereka sendiri melanggar SOP sehingga dikompaun RM10 ribu

 

4 Comments