Hanya 39 kes baharu, Sabah catat kes terendah Covid-19
23:03 Mar 14, 2021  |  By SabahKini2
Hanya 39 kes baharu, Sabah catat kes terendah Covid-19

Hari ini terendah. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, hari ini Kota Marudu bertukar dari zon merah kepada zon jingga sementara, Kinabatangan bertukar dari zon jingga kepada zon kuning.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, hari ini Kota Marudu bertukar dari zon merah kepada zon jingga sementara, Kinabatangan bertukar dari zon jingga kepada zon kuning.

Beliau berkata, daripada 39 kes baharu hari ini, Keningau mencatatkan 14 kes positif, diikuti dengan Tawau (5), Kota Kinabalu (4) dan tiga kes di Kalabakan, Nabawan dan Sipitang.

Sementara dua kes masing-masing di Penampang dan Kota Belud dan satu kes di Kinabatangan, Tambunan dan Lahad Datu.

Hari ini, 16 daerah tidak mencatatkan sebarang kes baharu.

Menurutnya, daripada 39 kes positif itu, sebanyak 26 kes (66.6%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, tiga (3) kes (7.7%) saringan bergejala, empat (4) kes (10.3%) saringan kluster sedia ada serta enam (6) kes (15.4%) dari lain-lain kategori.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh ialah 158 menjadikan jumlah kumulatif 52,869 orang. Seramai 482 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 192 orang di hospital dan 290 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 15 orang dan enam (6) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).'
 
 
3 Comments