[VIDEO] Polis siasat Konvensyen DAP Perak langgar SOP
16:03 Mar 15, 2021  |  By SabahKini2
[VIDEO] Polis siasat Konvensyen DAP Perak langgar SOP

Konvensyen Biasa DAP Perak ke-19 di Pusat Konvensyen Ipoh yang kecoh kerana penggundi hantu terbukti langgar SOP. Gambar dan video yang tular jelas pelanggaran SOP itu. Kerajaan perlu ambil tindakan tegas

Selama ini DAP sering menyerang dan menyalahkan pihak lain mengenai SOP. Hari ini mereka melakukan kesilapan.

Selepas tular akhirnya Polis membuka siasatan berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Konvensyen Biasa DAP Perak ke-19 di Pusat Konvensyen Ipoh, di sini, semalam.

Polis juga mengesahkan tidak menerima sebarang permohonan permit bagi penganjuran Konvensyen itu bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata pihaknya mengakui penganjuran program terbabit dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan kapasiti kehadiran tidak melebihi 50 peratus daripada keluasan dewan.

Bagaimanapun A Asmadi Abdul Aziz, berkata pihaknya mendapati tidak ada penjarakan sosial ketika berlaku kekecohan membabitkan ahli yang bertengkar pada majlis berkenaan.

Susulan itu, beliau berkata, siasatan dijalankan bagi mengumpul semua bukti berkaitan penganjuran dan kesalahan perlanggaran SOP yang berlaku ketika program berlangsung.

"Siasatan dibuka berdasarkan laporan polis yang diterima daripada Balai Polis Sungai Senam berkaitan kesalahan yang wujud dari sudut pelanggaran SOP PKPB ketika kekecohan berlaku," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tiada penjarakan sosial

Lim Guan Eng tidak memakai pelitup muka

Semalam, media melaporkan berlaku sedikit kekecohan ketika konvensyen yang dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan itu berlangsung apabila wujud dakwaan pengundi hantu bagi memilih Jawatankuasa DAP Negeri.

Seorang perwakilan yang terbabit dalam kekecohan itu mendakwa ia disebabkan tempoh mendaftar pengundian dilanjutkan melebihi masa sepatutnya apabila daftar pemilih yang tamat pada jam 10 pagi dilanjutkan sehingga jam 12 tengah hari.

Gambar kekecohan itu menjadi viral di media sosial kerana tiada penjarakan sosial ketika berlaku kejadian tarik menarik antara ahli DAP, bercakap tanpa memakai pelitup muka, selain mereka dikatakan duduk berdekatan sepanjang program berlangsung.

Susulan itu, ada pihak mahu polis mengambil tindakan kerana penganjur gagal mematuhi SOP ditetapkan.

 

 

1 Comment