Hanya 29 Kes, satu lagi rekod terendah di Sabah hari ini – Masidi
22:03 Mar 15, 2021  |  By SabahKini2
Hanya 29 Kes, satu lagi rekod terendah di Sabah hari ini – Masidi

Kes positif baharu Covid-19 di Sabah terus merekodkan kes terendah untuk hari kedua berturut-turut, di mana hanya dengan 29 kes dilaporkan, hari ini. Semalam 59 kes.

KOTA KINABALU: Kes positif baharu Covid-19 di Sabah terus merekodkan kes terendah untuk hari kedua berturut-turut, di mana hanya dengan 29 kes dilaporkan, hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun memaklumkan perkara itu menerusi laman Twitternya, hari ini.

Kes ini adalah terendah pernah direkodkan di Sabah sejak gelombang ketiga Covid-19 melanda negara pada penghujung September tahun lalu

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital  ialah 126 menjadikan jumlah kumulatif 52,995 orang.
 
Seramai 447 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 177 orang di hospital dan 269 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara satu (1) orang. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 21 orang dan lima (5) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan 
 
 
Daerah Putatan,Kunak dan Papar bertukar dari zon jingga ke zon kuning manakala daerah Sandakan berubah dari zon merah ke jingga
 
Pada hari ini, tiada kluster baharu direkodkan.
 
Daripada 29 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 14 kes (48.3%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, lima (5) kes (17.3%) saringan bergejala, sembilan (9) kes (31%) saringan kluster sedia ada serta satu (1) kes (3.4%) dari lain-lain kategori.

Beliau berkata, hanya satu kes dilaporkan di Kota Kinabalu hari ini dan Nabawan mencatatkan kes tertinggi, dengan 11 kes.

Bagaimanapun, rakyat diingatkan tidak terlalu leka dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

 
Comment