Projek Sekolah dan Klinik Penampang Bukan Janji Kosong- Pegawai Daerah Penampang
17:01 Jan 19, 2018  |  By SabahKini2
Projek Sekolah dan Klinik Penampang Bukan Janji Kosong- Pegawai Daerah Penampang

Isu SMK Kipouvo dan Klinik Kesihatan (KK3) Penampang yang dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri semasa lawatannya ke Penampang dahulu adalah dalam proses ulasan semua jabatan teknikal. Kerja tanah telah selesai

PENAMPANG : Rakyat Penampang sangat bertuah apabila sekali lagi lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM8.5 juta bagi menaik taraf Pasar Donggongon di sini.

Ketika berucap selepas membuat tinjauan mesra di pasar itu, beliau berkata usaha menaik taraf pasar itu akan memberi keselesaan kepada lebih 100 peniaga di pasar itu dan juga pembeli.

"Meskipun (kerusi Parlimen) Penampang belum dimenangi Barisan Nasional (BN), tetapi kerajaan BN tidak pernah ketepikan rakyat di sini.

Susulan pengumuman itu pembangkang nampak gelisah sehingga terpaksa mengungkit projek Klinik Kesihatan 3 Penampang dan SMK Kipouvo yang kononnya belum disiapkan.

Untuk rekod Papan tanda projek Cadangan Klinik Kesihatan 3 (KK3) Dengan Kuarters Penampang Kota Kinabalu Sabah: Fasa 1- Kerja-kerja Tanah dan Rawatan tanah jelas tertulis kerja Fasa 1.

Menyedari pelbagai pihak menyebarkan gambar papan tanda projek Klinik Kesihatan itu Pegawai Daerah Penampang Puan Luvita Koisun serta-merta menyawab dalam aplikasi whatapps bahawa projek Klinik Kesihatan 3 Penampang dan SMK Kipouvo itu masih berjalan seperti biasa seperti dirancang.

“untuk makluman semua, Isu sekolah (SMK Kipouvo) dan Klinik Gred3 Penampang yang dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri semasa lawatannya ke Penampang dahulu adalah dalam proses ulasan semua jabatan teknikal”.

Katanya kerja penyediaan tanah selesai pada tahun 2013.

“Status terkini projek ini ialah Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) sedang menunggu ‘Revised Development Plan’ daripada Arkitek berkenaan. Begitu juga status bangunan SMK Kipouvo.

“Saya dengan sukacitanya memaklumkan kepada semua kawan di sini dan harap disebarkan kepada kawan yang tiada dalam group ini bahawa kedua-dua  projek yang diumumkan oleh YAB PM pada masa dahulu adalah janji yang ‘Genuine’ dan bukanlah apa yang disangkakan dan disebarkan.

Sumber asal : Whatapps Pegawai Daerah Penampang

Projek lain yang juga di umumkan oleh YAB Perdana Menteri Institut Latihan Mahkamah (ILMAN) dan Mahkamah Anak Negeri (MAN) Penampang sudah siap dan sedia digunakan”. katanya

 

 ILMAN PENAMPANG

 

 

2 Comments