Bocor tender, lantik syarikat kroni meragukan apa status kes rasuah Chan Foong Hin MP DAP Kota Kinabalu?
23:03 Mar 17, 2021  |  By SabahKini2
Bocor tender, lantik syarikat kroni meragukan apa status kes rasuah Chan Foong Hin MP DAP Kota Kinabalu?

Disember 2019 SPRM Labuan sahkan kes ini dan dihantar ke Putrajaya. Misteri hingga kini. Tender dalam penilaian tetapi syarikat kroni umum dapat projek. Syarikat dilantik meragukan, syarikat baru milik taikun DAP kroni Chan Foong Hin. Apa jadi kes ini?

Pada 17 Disember 2019,Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd (LLPM)  membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dakwaan konspirasi dalam proses membuat keputusan tender di pelabuhan Labuan.

Belum pun tender itu diumumkan oleh Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) syarikat kroni Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu YB Chan Foong Hin  Straits Inter Logistics Berhad (SIL) mengumumkan mendapat tender itu.

Sebelum itu ira-kira 32 syarikat menyertai tender RFP bagi mengendalikan Pelabuhan Labuan termasuk pengendali lama LLPM. Konspirasi dan kebocoran tender sangat memalukan. LLPM mendesak tender itu dibatalkan tetapi diteruskan demi kroni DAP. Menteri Pengangkutan ketika itu Anthony Loke juga terus mempertahankan tender tiris itu.

29 Disember 2019 SPRM Labuan juga mengesahkan telah menghantar laporan siasatan konspirasi dalam proses tender Pelabuhan Labuan kepada ibu pejabat SPRM.

 Apa status laporan ini?

Straits Inter Logistics Berhad (SIL) dan Chan Foong Hin 

Syarikat Straits Inter Logistics Berhad (SIL) adalah syarikat yang punya hubungan rapat dengan Dr John Brian Anthony Pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu telah diberikan  kontrak perkhidmatan Bunkering daripada Lembaga Pelabuhan Bintulu.

Ketika krisis peralihan kerajaan PH kepada PN pada 30 Februari Anthony Loke dan Chan Foong Hin cepat-cepat menyudahkan perjanjian penyerahan pengurusan dan pengendalian Dermaga Merdeka Labuan (Pelabuhan Kontena Labuan) pada 4 Mac kepada syarikat yang baharu yang dibeli oleh Straits Inter Logistics Berhad (SIL)  tanpa menunggu pelantikan Menteri Pengangkutan yang baharu.  

Sekalipun PH sudah bertukar kepada PN Pengerusi LPA Chan Foong Hin meneruskan perubahan pengendali LPPM

Lembaga Pelabuhan Bintulu dan Lembaga Pelabuhan Labuan mengumumkan Syarikat Megah Port Management Sdn Bhd sebuah anak syarikat Straits Inter Logistics Berhad memiliki 51% kepentingan sebagai pengendali baharu Labuan Liberty Port. 

 
Syarikat baharu tiada pengalaman. Hanya ditubuh 2019 oleh Dato’ Sri Ho Kam Choy CEO Straits Inter Logistics Berhad 

 

Sangat menakjubkan Syarikat Megah Port Management Sdn Bhd dipilih memenangi tender Pelabuhan Labuan itu. Tidak masuk akal jawatankuasa penilaian tender MOT memilih syarikat yang baru setahun atau belum diaudit lagi. 

Persoalan kepada SPRM apa status kes ini? Bagaimana dengan siasatan terhadap Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu YB Chan Foong Hin? Jika benar SPRM berada di Sabah mengapa tidak menggempur terus MP DAP yang disiasat SPRM ini.

Chan Foong Hin sendiri lantang menggesa siasatan kes rasuah pihak lain namun siasatan kes rasuah beliau terus misteri.

 

Jika Jeffrey Chew bekas pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung siasatan berkaitan projek pembinaan terowong dalam laut RM6.3 bilion dan bosnya sendiri Lim Guan Eng dituduh di mahkamah kes rasuah terowong itu mengapa tidak Chan Foong Hin?

Adalah jelas Syarikat Megah Port Management Sdn Bhd yang dilantik menguruskan Pelabuhan Labuan meragukan terdapat unsur rasuah kroni. Hanya kerana syarikat itu melantik beberapa pengarah bekas penjawat awam berpengaruh sebagai Lembaga Pengarah syarikat maka syarikat itu bersih? 

 

3 Comments