Pegawai Pertanian Keningau ditahan kerana rasuah seks
21:03 Mar 20, 2021  |  By SabahKini2
Pegawai Pertanian Keningau ditahan kerana rasuah seks

Sumber berkata, perkhidmatan seks berkenaan ialah sebagai suapan bagi suspek memberikan sokongan kepada wanita terbabit mendapatkan pinjaman bagi bidang pertanian.

KOTA KINABALU: Seorang ketua jabatan kerajaan Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai meminta rasuah berbentuk perkhidmatan seks daripada seorang wanita, semalam.

Lelaki berusia 51 yang bertugas sebagai Pegawai Pertanian Keningau ditahan SPRM Sabah jam 3.30 petang di sebuah hotel di Keningau.

Sumber berkata, perkhidmatan seks berkenaan ialah sebagai suapan bagi suspek memberikan sokongan kepada wanita terbabit mendapatkan pinjaman bagi bidang pertanian.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Katanya, suspek ditahan 24 jam untuk diambil keterangan sebelum dilepaskan dengan jaminan SPRM berjumlah RM10,000 tanpa deposit dengan seorang penjamin.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Beliau menjelaskan tafsiran suapan mengikut Seksyen 3 Akta SPRM 2009 meliputi pelbagai perkara termasuk pinjaman, jawatan serta perkhidmatan termasuk perkhidmatan seks.

3 Comments