Keningau 71 Kes, Semua operasi pasar, tamu di Keningau ditutup sementara mulai Ahad
05:03 Mar 21, 2021  |  By SabahKini2
Keningau 71 Kes, Semua operasi pasar, tamu di Keningau ditutup sementara mulai Ahad

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun menerusi hantaran di Twitter berkata, 71 kes yang dicatatkan adalah di Keningau dengan 42 daripadanya membabitkan Kampung Lingkudau yang kini bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

KOTA KINABALU: Selepas lebih dua minggu mencatatkan kes harian Covid-19 dua angka, Sabah kembali merekodkan jumlah kes tiga angka apabila sebanyak 102 kes baharu dilaporkan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun menerusi hantaran di Twitter berkata, 71 kes yang dicatatkan adalah di Keningau dengan 42 daripadanya membabitkan Kampung Lingkudau yang kini bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Pasar-pasar serta tamu di daerah Keningau tidak dibenarkan beroperasi untuk sementara waktu bermula 21 Mac, susulan peningkatan drastik dalam jumlah kes positif COVID-19 di daerah tersebut.
 
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun berkata daerah Keningau mencatatkan pertambahan tertinggi dengan 71 kes, diikuti Tawau (10 kes) dan Kota Kinabalu (5 kes).
 
"Berikutan peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19 di daerah Keningau, kerajaan negeri memutuskan pasar siang, pasar malam dan tamu-tamu di seluruh daerah Keningau tidak dibenarkan beroperasi berkuat kuasa pada 21 Mac 2021 (Ahad)," katanya.
 
 
Masidi menerusi kenyataan di laman Twitternya berkata, daripada 71 kes yang dicatatkan daerah Keningau, 42 daripadanya dikesan di Kampung Lingkudau.
Penduduk di kampung tersebut diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 28 Mac depan.
 
Sabah pada hari ini kembali mencatatkan pertambahan kes tiga angka, dengan 102 kes.
 
"Satu kes kematian direkodkan iaitu di daerah Kota Kinabalu. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.
 
"Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital ialah 41 menjadikan jumlah kumulatif 53,313 orang," katanya.
 
Masidi yang juga merupakan jurucakap COVID-19 di negeri ini berkata sebanyak 1,440 orang telah menerima suntikan vaksin harian dos 1, menjadikan jumlah kumulatif penerima vaksin di negeri ini seramai 40,799 orang.
Comment