Penjawat Awam khianat patut dibuang! jelas dalam peraturan: Menteri Pendidikan betul
07:01 Jan 20, 2018  |  By SabahKini2
Penjawat Awam khianat patut dibuang! jelas dalam peraturan: Menteri Pendidikan betul

Tan Sri Zainal Rahim Bin Seman Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Dato' Seri Mahdzir Khalid Menteri Pendidikan

Jika penjawat awam tidak mahu setia kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan mereka perlu diambil tindakan di bawah 4 (1) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993 [P.U (A) 395/1993].Sila BERHENTI

Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid berkata perbuatan menyokong pembangkang dengan kenyataan terbuka di media cetak dan media sosial sebagai perbuatan sabotaj atau merosakkkan imej kerajaan adalah tepat. Di mana salahnya kenyataan ini?

Ia sejajar dengan Pekeliling Penglibatan Penjawat Awam dalam politik terutama pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional .

Begitu juga larangan pernyataan awam oleh penjawat awam. Surat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 16 Januari 2017 (JPA.BK (S)343/7-4 Jilid 2 (6) adalah berkaitan memperingatkan penjawat awam mengenai peraturan 4 (1) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993 [P.U (A) 395/1993] iaitu “seseorang pegawai awam hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan”. 

Peraturan ini menegaskan pegawai awam adalah dilarang sama sekali untuk berkelakuan yang boleh ditafsirkan sebagai telah tidak menzahirkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan. Perlakuan tidak menzahirkan taat setia ini meliputi kata-kata, tingkah laku atau perbuatan.

Ini termasuklah memberikan ulasan/pandangan menerusi aplikasi media sosial, elektronik, menyertai aktiviti yang tidak menggambarkan prinsip neutrality dan impartiality. Perbuatan sedemikian merupakan satu salah laku yang serius kerana ia boleh menggugat keharmonian pekrhidmatan awam dan negara. Jika didapati bersalah pegawai terlibat boleh dikenakan tindakan tatatertib yang boleh membawa hukuman maksimum buang kerja.

SURAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM YANG DIEDARKAN JELAS MENGENAI
LARANGAN PENJAWAT AWAM 
16 JANUARI 2017

MALAH SEBELUM KETUA PENGARAH BARU PADA TAHUN 2016 SUDANG DIPERINGATKAN

Memandangkan penjawat awam seperti Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), guru, pensyarah, anggota keselamatan dan beberapa lagi kakitangan kerajaan didapati ada yang membuat kenyataan terbuka dalam media sosial maka amaran kerajaan itu sangat jelas.

Jadi amaran kepada guru dan pegawai Kementerian Pendidikan yang dibuat secara pernyataan terbuka mengkritik kerajaan oleh Menteri Pendidikan Dato’Seri Mahdzir Khalid adalah tepat. Bukan baru malah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan telah mengingatkan kepada semua warga guru.

Berpolitik keterlaluan menyokong pembangkang sehingga membuat pernyataan awam adalah melanggar pekeliling penjawat awam kerajaan. 

Laporan akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Yit Poh melaporkan Menteri Pendidikan Dato’Seri Mahdzir Khalid memberitahu tindakan disiplin akan dikenakan terhadap guru dan pegawai kementerian yang menyokong pembangkang adalah berniat jahat kerana tidak diperjelaskan sebagai pernyataan sokongan pembangkang secara terbuka, mengkritik kerajaan dalam aplikasi media sosial dan mengabaikan peraturan sedia ada penjawat awam.

Rakyat Malaysia mempunyai saluran memilih kerajaan dalam pilihanraya tetapi tidak bermakna penjawat awam seperti guru bebas sesuka hati tidak mematuhi peraturan dan larangan penjawat awam.

Penjawat awam tidak boleh melakukan perbuatan sabotaj atau merosakkkan imej kerajaan.

Menteri Pendidikan memberikan contoh pegawai jabatan pendidikan negeri yang mengkritik kerajaan di Facebook dan bagaimana ia menajdi viral di media sosial sebelum dipetik media.

"Dalam kes ini kita terpaksa ambil tindakan pantas walaupun dia tidak digantung kerja. Cara dia mengkritik menunjukkan betapa bencinya kepada kerajaan.

"Saya juga mendapat tahu salah seorang pengetua sekolah adalah pemimpin PKR dan seorang lagi pegawai memegang jawatan dalam PAS. Ini tidak dibenarkan," kata Mahdzir di Putrajaya.

Guru selaku penjawat awam yang tak serik dalam Media Sosial membantai Kerajaan. Dia penjawat awam yang menyampaikan dasar kerajaan dia yang TIKAM.
Tindakan tegas wajar diambil

Pegawai pendidikan harus fokus kepada pembaharuan sistem pendidikan dan sekiranya mereka ada sebarang aduan, ia harus dipanjang terus kepada kementerian atau melalui Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP).

Jika mereka mahu menyertai parti politik mereka perlu membuat permohonan kepada ketua jabatan selaras dengan pekeliling sedia ada bagi kumpulan pengurusan dan professional.

Apa salah Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid  berkata mereka yang menentang kerajaan harus meletak jawatan sebelum diminta berbuat demikian. Ini sangat jelas jika penjawat awam tidak mahu setia kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan mereka perlu diambil tindakan di bawah 4 (1) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993 [P.U (A) 395/1993].

Tindakan Menteri Pendidikan mengambil tindakan kepada guru-guru yang tidak kenang budi dan berlagak hero menentang kerajaan secara terbuka amat tepat sekali. Elok mereka berhenti dan beri peluang kepada orang lain yang mahu bekerja dengan ikhlas dengan kerajaan yang memerintah.

Kemudian ada satu wartawan pencen Mustapha Kamil Janor (Bekas NST) menyeru penjawat awam menyokong dan mengundi pembangkang dia lupa Larangan Penjawat awam sudah wujud sejak 1993 lagi Zaman idola dia Dr Mahathir menjadi PM lagi bagi menghalang penjawat awam melangga peraturan. Dia mungkin hidup zaman batu sehingga menghasut penjawat awam. Tiada siapa yang kisah kamu mahu mengundi sesiapa tapi tidak bermakna penajwat awam berhak sewenangnya secara terbuka menyerang kerajaan apa tah lagi pegawai yang melaksana dasar. Jadi tak suka SILA BERHENTI. Apa kamu fikir peraturan ini akan dimansuhkan oleh mana-mana parti yang akan memerintah? Kerat jarilah....

 

 

 

by

DR. OTHMAN K

 

4 Comments