Muhyiddin Tiba Di Sabah Untuk Lawatan Dua Hari
19:03 Mar 21, 2021  |  By SabahKini2
Muhyiddin Tiba Di Sabah Untuk Lawatan Dua Hari

Ketibaannya disambut Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dan tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah — Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Joachim Gunsalam — serta ketua dan pegawai kanan jabatan dan agensi kerajaan Persekutuan d

KOTA KINABALU, 21 Mac : Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini bagi mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Sabah bermula hari ini.

Beliau tiba kira-kira jam  6 petang dengan pesawat khas di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Ketibaannya disambut Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dan tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah — Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Joachim Gunsalam — serta ketua dan pegawai kanan jabatan dan agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Turut menyambut ketibaannya ialah beberapa ahli serta penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di luar pekarangan balai ketibaan kenamaan.

Perdana Menteri akan memulakan lawatan dengan menghadiri Program Pimpinan Bersama Rakyat di Magellan Sutera Harbour Resort di sini jam 7.30 malam nanti.

Ia lawatan sulung beliau ke negeri ini selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS ) membentuk kerajaan negeri setelah memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah September tahun lepas. – BERNAMA

1 Comment