Wanita PKR lapor polis Adun Amanah Faiz Fadzil peluk, raba, cabul
16:03 Mar 23, 2021  |  By SabahKini2
Wanita PKR lapor polis Adun Amanah Faiz Fadzil peluk, raba, cabul

Ketua Biro Wanita Muda PKR Yuslaini Azmi mendakwa Faiz cuba memeluk dan merabanya di dalam kereta ketika menuju ke sebuah restoran.

Wakil rakyat Amanah ADUN Permatang Pasir Faiz Fadzil dilapor polis berhubung serangan seksual terhadap Ketua Biro Wanita Muda PKR Yuslaini Azmi bahawa ahli politik itu meraba tubuhnya.

Dalam laporan polis yang tular di laman sosial menyatakan insiden itu berlaku di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya dan di dalam kereta ahli politik itu.

Polis mengesahkan telah menerima laporan tersebut dan telah memanggil Adun berkenaan untuk siasatan lanjut.

Yuslaini berkata mulanya dia bertemu dengan ahli politik itu pada Januari, dan kemudian bertemu kali kedua selepas bersetuju untuk makan malam pada hari kelahirannya.

Beliau juga berkata dia bersetuju untuk makan malam bersama kerana “berbesar hati” kerana dibelanja ahli politik tersebut.

Bagaimanapun, dia mendakwa Faiz cuba memeluk dan merabanya di dalam kereta ketika menuju ke sebuah restoran.

Menyedari perbuatannya tidak disenangi, lelaki itu kemudian memintanya untuk merahsiakan kejadian tersebut.

Di dalam laporan itu juga, wanita itu mendakwa mengalami “gangguan emosi” sejak kejadian tersebut.

Faiz Fadzil merupakan Ketua Pemuda Amanah, bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan anak kepada bekas Presiden PAS Ustaz Fadhil Noor

Menurut sumber siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, undang-undang yang menetapkan kesalahan berkait penggunaan kekerasan bagi memalukan kesopanan seseorang.

Sementara itu Faiz Fadzil dalam satu kenyataan menafikan tuduhan mencabul Ketua Biro Wanita Muda PKR pada Januari lalu.

Katanya dia sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya.

“Saya mengesahkan telah dipanggil untuk satu siasatan pihak polis pada 18 Mac lalu berkaitan satu laporan polis ke atas saya. Saya telah memberikan kerjasama kepada pihak polis dan akan terus memberikan kerjasama bagi membantu proses siasatan.

“Saya telah memberikan kenyataan saya kepada pihak polis. Saya menafikan tuduhan tersebut. Butiran pembelaan saya tidak dapat didedahkan memandangkan siasatan masih berjalan.

 

4 Comments