Nasib bekas KSU KKLW dipenjara, syarikat bayar rasuah KSU, Menteri selamat!
21:03 Mar 24, 2021  |  By SabahKini2
Nasib bekas KSU KKLW dipenjara, syarikat bayar rasuah KSU, Menteri selamat!

Skandal RM1.5b KKLW bekas Menteri KKLW Shafie Apdal selamat. Syarikat Wazlina dan Eramaz yang pernah bayar rasuah pada menteri KKLW selamat tapi KSU yang ambil rasuah terkorban awal. Itulah nasib KSU. Dokumen mereka 'sign' jika libatkan keluarga cepatlah.

Mahkamah Tinggi 23 Mac lalu mengekalkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM3 juta yang dijatuhi ke atas bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Mohd Arif Ab Rahman kerana bersubahat menerima rasuah berjumlah SGD200,000 (RM627,636) berhubung projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Sandakan, Sabah, pada 2016.

Pesuruhjaya Kehakiman Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Mohd Arif, 64, terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 14 Nov 2018.

Aslam turut mengekalkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM9.6 juta yang dikenakan terhadap anak Mohd Arif, Ahmad Zukhairi, 39, yang didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen sama atas dua pertuduhan meminta dan dua tuduhan menerima suapan wang tunai pada 2016.

Dalam penghakiman ringkasnya, Aslam berkata Mahkamah Sesyen yang mengendalikan perbicaraan terhadap Mohd Arif tidak terkhilaf dalam membuat keputusan mengenai persubahatan.

“Mahkamah Sesyen juga telah membuat keputusan yang tepat mengenai elemen-elemen yang perlu dibuktikan bagi kesalahan meminta dan menerima suapan terhadap Ahmad Zukhairi. Dengan ini, saya menolak rayuan terhadap sabitan serta hukuman dan mengekalkan keputusan Yang Arif Hakim Mahkamah Sesyen,” katanya.

Terdahulu, peguam Guok Ngek Seong yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin membantah penangguhan hukuman denda atas alasan ia akan membuka laluan kepada kes-kes lain di masa akan datang untuk memohon penangguhan bayaran denda, sekiranya denda tidak dapat dibayar.

“Pihak kami faham sekiranya mereka ingin menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara kerana sekiranya mereka berjaya di peringkat rayuan, hukuman penjara walaupun sehari tidak dapat diganti. Namun, sekiranya kedua-dua tertuduh berjaya di peringkat Mahkamah Rayuan, jumlah denda yang dikenakan akan dibayar semula kepada mereka,” katanya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan kedua-dua tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan dan menaikkan jumlah jaminan daripada RM500,000 kepada RM800,000, bagi setiap seorang.

Mohd Arif didakwa telah bersuhabat dengan anak sulungnya itu untuk menerima suapan tersebut daripada pengarah syarikat, Wazlina Sdn Bhd, Mohd Safian Mohd Salleh berhubung projek BELB di Sandakan, Sabah.

Perbuatan itu sebagai upah untuk mereka kerana memberi projek BELB Sistem Solar Hibrid di empat buah pulau terpencil di Sandakan secara rundingan terus (reka dan bina) bernilai RM57.5 juta kepada syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Royal Lake Club, Jalan Cenderamulia, di sini pada 4 petang hingga 7 malam, 23 Ogos 2016, mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Akta tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Selain itu Ahmad Zukhairi juga didakwa meminta daripada Mohd Safian Mohd Salleh suapan dua peratus dari nilai projek sebagai dorongan untuk dirinya dan ayahnya melakukan transaksi untuk membantu syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd mendapatkan projek bekalan elektrik luar bandar sistem Solar hibrid di enam buah pulau di daerah terpencil Sandakan, Sabah, secara rundingan terus reka dan bina di bawah projek KKLW bernilai RM60 juta.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya, Selangor mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Ahli perniagaan itu juga didakwa atas dua pertuduhan menerima suapan wang tunai berjumlah RM120,000 daripada Zul Fadli Rozi, sebagai upah bagi dirinya melalukan transaksi iaitu membantu Syarikat HH Global Construction Sdn Bhd mendapatkan projek cadangan membina dan menyiapkan dataran rekreasi tiga aras dan kerja-kerja berkaitan di Persiaran Tasik Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Dia melakukan perbuatan itu di Permai Golf & Country Club, Danau Permai Resort Bhd, No 1 Jalan 31/100A, Kota Kemuning, Seksyen 31, Shah Alam, Selangor dan di Garden Course Glenmarie Golf & Country Club, No 3 Jalan Usahawan U1/8, Shah Alam, Selangor, antara Ogos dan September 2016, mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta serupa.

Nasib KSU

Itulah nasib KSU atau penjawat awam di negara ini. Jika mereka menerima rasuah dan mempunyai bukti-bukti yang jelas akibat 'keluarga' mereka akan ditangkap SPRM dan didakwa. Inilah nasib Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan anaknya. Mereka dibuktikan bersalah tetapi syarikat pembayar rasuah Syarikat Wazlina Sdn Bhd dan Syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd selamat. Mereka menjadi saksi pemusnah kepada KSU dan anaknya. Wal hal jika syarikat tidak menawarkan atau memberi rasuah tak mungkin rasuah berlaku. 

Itulah kelebihan Syarikat memberi rasuah di negara ini. Mereka sentiasa selamat asalkan yang diburu SPRM masuk ke lokap.

[ARTIKEL BERKAITAN- Bekas KSU KKLW bersalah bersubahat kes rasuah BELB Sabah tapi syarikat Wazlina dan Eramaz bebas ]

Syarikat Wazlina Sdn Bhd dan Syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd bukan baru terlibat projek di KKLW bukan hanya di Zaman Datuk Mohd Arif Ab Rahman menjadi KSU. 

Untuk rekod syarikat Wazlina Sdn Bhd adalah syarikat yang bernaung dibawah Syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd yang dimiliki oleh En Nordin Bin A.H.Thani (Pengarah & Pengerusi Eksekutif). Sebelum ini tahun 2014 Syarikat WAZLINA SDN. BHD. JV ERAMAZ (M) SDN. BHD. [NO. DAFTAR SYARIKAT: 443348X] mendapat PROJEK BEKALAN ELEKTRIK LUAR BANDAR (BELB) SISTEM SOLAR HIBRID SECARA BERPUSAT DI GUGUSAN KAMPUNG SUGUT, NEGERI SABAH SECARA REKA DAN BINA berjumlah RM77,997,134.18 (77.9 juta) 

Malah Syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd sudah memperolehi projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sejak tahun 2009 berjumlah hampir RM350 juta sehingga tahun 2006.  

Syarikat Eramaz dan Wazlina yang tertangkap bayar rasuah kepada Ahmad Zukhairi Mohd Arif dan Datuk Arif KSU sudah terlibat lama membayar rasuah ketika Dato' Shafie Apdal  Menteri KKLW dan Dato' Ibrahim KSU KKLW.

Hanya Datuk Arif tidak bernasib baik dan tertangkap. Maka beliaulah didakwa dulu. Cuba tanya kontraktor di Sabah siapa Syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd? Majoriti kenal siapa pemiliknya.

Apapun nama baik Syarikat Wazlina Sdn Bhd dan Eramaz (M) Sdn Bhd sudah tercalar penuh. 

 

6 Comments