Warisan lebih sakit hati pelaburan RM2.5B SK Nexilis Korea, Linaco Group
14:03 Mar 25, 2021  |  By SabahKini2
Warisan lebih sakit hati pelaburan RM2.5B SK Nexilis Korea, Linaco Group

GRS jayakan projek RM7B jika tidak pasti sudah dibatalkan. Sebenarnya Warisan lebih sakit hati pelaburan RM2.5B SK Nexilis Korea dan Linaco Group di kala pandemik Covid-19 yang dahsyat. Pelabur masih pilih Malaysia! Sebelum Covid-19 KDNK Sabah hanya 0.5%!

Pemimpin Warisan bengang apabila Projek RM7 Bilion Meruntum Lok Kawi dijenamakan semula sebagai Pembangunan Lok Kawi Resort City di bawah inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ)  kluster sektor pelancongan melibatkan kumpulan Yayasan Sabah dengan Syarikat Tegas Bangsa Sdn Bhd (Anak Syarikat Pavilion REIT) milik Tan Sri Desmond Lim.

Lok Kawi Resort City Bernilai RM7 Bilion Inisiatif Sabah Maju JayaDua MOU baharu SK Nexilis Korea dan Linaco Group of Companies

Maklumlah sebelum ini tanah Yayasan sudah dijual, Taikun Pavilion sudah membayar RM8.4 juta pendahuluan dan perjanjian sudah ditandatangani. Perjanjian juga menetapkan Yayasan Sabah akan mendapat pembayaran minimum sebanyak RM840 juta daripada nilai keseluruhan pelaburan itu. Bagaimanapun dengan rombakan baharu tentulah pendapatan Yayasan Sabah akan lebih tinggi lagi.

[ARTIKEL BERKAITAN- Taikun Pavilion bayar Yayasan Sabah RM8.4 juta, Kini PM lancar Projek Lok Kawi Resort City RM7B ]

Projek dengan penjenamaan, rundingan baharu bukan lagi menjadi projek Kerajaan Warisan tetapi kerajaan GRS yang menyusunnya kembali untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi dari projek itu.

SK Nexilis Korea

Syarikat Korea SK Nexilis labur RM2.3 bilion buka kilang di Sabah

Sebenarnya pelancaran projek pelaburan yang Warisan tidak mahu rakyat tahu pada hari yang sama ialah perjanjian pelaburan RM2.3 bilion syarikat Korea SK Nexilis yang kali pertama membina kilang luar negaranya di Kota Kinabalu, Sabah.

SK Nexilis mahu meningkatkan kapasiti produksi mereka dalam penghasilan kerajang tembaga bagi sel bateri untuk kenderaan elektrik (EV).

Kilang ini yang dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2023 di Kota Kinabalu Industrial Park akan mampu menghasilkan 44,000 tan kerajang tembaga bagi bateri EV dalam masa setahun – melonjakkan jumlah keseluruhan produksi SK Nexilis kepada 100,000 tan setahun.

SK Nexilis berkata, Kota Kinabalu dipilih menjadi lokasi pilihan pelaburan adalah kerana faktor kawasan yang mempunyai bekalan elektrik yang stabil dan murah di rantau ini.

Menurut syarikat tersebut, Malaysia mempunyai bekalan elektrik yang paling stabil di antara negara-negara Asia Tenggara serta mempunyai kos elektrik yang rendah dan pergantungan tinggi kepada tenaga hidro. Antara faktor lain adalah kerana faktor infrastruktur seperti pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa serta memiliki banyak tanah yang tersedia untuk perkembangan kilang bagi masa hadapan.

SK Nexilis sedang mempertimbangkan untuk membuat pelaburan tambahan di Malaysia, Eropah dan A.S. untuk meningkatkan kesediaannya dalam pasaran EV global yang sedang berkembang pesat.

Keyakinan Pelabur Asing

Sementara itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pelaburan sebanyak RM2.3 bilion yang masuk ke Sabah membuktikan pelabur asing yakin dengan Malaysia.

"Pelaburan ini sudah tentu memberi kesan positif kepada Malaysia. Sekali lagi membuktikan bahawa pelabur asing cukup yakin kepada Malaysia dengan meletakkan pelaburan yang begitu besar.

"Ini antara pelaburan yang terbesar bagi Sabah iaitu sebanyak RM2.3 bilion yang dibina di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) bermula Julai ini dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun di atas sebidang tanah berkeluasan 40 hektar.

"Dijangka pembangunan ini akan melibatkan 5,000 pekerja untuk membina kemudahan ini dan setelah siap dua tahun akan datang ia akan menyasarkan seramai 400 tenaga mahir yang terlibat secara langsung dalam kerajang tembaga," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu pada Ahad.

Linaco Group of Companies RM200 juta

Satu lagi MOU yang ditandatangani ialah pelaburan melibatkan penanaman dan pemprosesan kelapa iaitu High-Yield Hybrid Coconut Palms berskala besar dan diikuti dengan pembangunan kilang memproses kelapa bersepadu untuk mengoptimumkan pengeluaran produk berasaskan kelapa.

Menurut Datuk Seri Hajiji Ketua Menteri Sabah sebagai sebuah syarikat terkemuka yang membekal produk-produk berasaskan kelapa kepada lebih daripada 40 negara, Linaco akan membeli semua kelapa yang dituai melalui penanaman kelapa bersepadu.

"Sebuah Pusat Kecemerlangan juga akan dibangunkan untuk memantau pelaksanaan amalan terbaik dalam projek ini. Kilang memproses kelapa bersepadu akan mula beroperasi secepat mungkin dengan pelaburan awal dianggarkan sebanyak RM200 juta," katanya.

 Warisan sembang- Ekonomi Sabah terburuk 26 bulan Warisan memerintah

Kerajaan Sabah berusaha kuat untuk keluar dari ekonomi parah ketika pandemik Covid-19. Keadaan lebih buruk selepas DUN Sabah dibubar dan PRN diadakan menyebabkan gelombang ketiga berlaku teruk Sabah menjadi juara kepada kes Covid-19.

Sebelum ini data Jabatan Perangkaan Malaysia mengenai statistik pertumbuhan ekonomi negeri-negeri Malaysia tahun 2019 jelas menunjukkan kedudukan teruk ekonomi Negeri Sabah walaupun belum lagi pandemik Covid-19. 

Sabah mencatatkan pertumbuhan ekonomi paling rendah antara semua negeri-negeri dalam Malaysia.

Pertumbuhan KDNK Sabah tahun 2019 hanya  0.5% sekaligus mencipta rekod Warisan menjunamkan ekonomi Sabah.

Selepas Kerajaan Warisan PH mengambil alih pemerintahan Sabah 12 Mei 2018, pencapaian tahun 2018 hanya 1.5% juga catatan paling rendah antara semua negeri.

Shafie Apdal dan Warisan menggunakan alasan ekonomi dunia lembap selain pandemik COVID-19 menyebabkan pertumbuhan KDNK Sabah menjunam.

Sebagai rekod sejak 8 tahun lalu kadar pertumbuhan ekonomi Sabah adalah lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan negara. Pada tahun 2017, KDNK Sabah adalah 8.2% iaitu paling tinggi antara semua negeri dan lebih tinggi berbanding kadar 5.9% bagi seluruh Malaysia.

Kini Kerajaan GRS menyusun semula pelaburan sedia ada termasuk semua mengkaji semula pelaburan tipu berbilion ringgit yang diumumkan oleh Shafie dan Warisan sebelum ini. 

 

1 Comment