(VIDEO) Hormati kami untuk pertahankan Kerajaan GRS demi mandat rakyat- Bung Moktar
00:03 Mar 29, 2021  |  By SabahKini2
(VIDEO) Hormati kami untuk pertahankan Kerajaan GRS demi mandat rakyat- Bung Moktar

Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin berkata, senario di Semenanjung berbeza dengan Sabah kerana rakyat sudah memberi mandat kepada GRS untuk membentuk kerajaan baharu.

KOTA KINABALU: Umno Sabah akan terus bekerjasama dengan PPBM untuk mempertahankan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), meskipun kenyataan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Umno tidak akan bekerjasama dengan parti itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin berkata, senario di Semenanjung berbeza dengan Sabah kerana rakyat sudah memberi mandat kepada GRS untuk membentuk kerajaan baharu.

“Di Sabah, Umno bersolidariti dengan GRS kerana ini penting bagi memastikan mandat rakyat pada pilihan raya negeri ke-16 kita terjaga.

“Mereka (rakyat) beri mandat kepada GRS untuk bangunkan Sabah yang ketika ini begitu jauh sekali ketinggalan, tambahan lagi dengan ancaman Covid-19, banyak syarikat, usahawan serta hotel pelancongan gulung tikar,” katanya ketika ditemui di Perhimpunan Agung Umno 2020.

Bung berkata, pihaknya akan memastikan hubungan dengan PPBM tidak terputus di Sabah kerana mahu fokus ke arah membangunkan rakyat dan ekonomi negeri.

 

 

8 Comments