Kroni, salahgunakuasa rasuah, CEO TH 'Lantikan PH' bakal ditamatkan?
15:04 Apr 02, 2021  |  By SabahKini2
 Kroni, salahgunakuasa rasuah, CEO TH 'Lantikan PH' bakal ditamatkan?

Warga TH telah membuat aduan kepada PMO, SPRM tentang salahlaku, rasuah, kroni dan pengurusan teruk CEO TH 'Lantikan PH'. Sejak PH memerintah TH semakin teruk malah saki-baki lantikan PH-PAN di zaman PN terus merosakkan TH.

Isu di Tabung Haji selepas 22 bulan PH memerintah sehinggalah saki baki pengurusan TH di zaman Kerajaan PN nampaknya belum pernah surut lagi.

Diawal penyusunan Tabung Haji PH melantik Dato Zukri Samat sebagai CEO TH dan Datuk Zaiton Hassan sebagai salah seorang ahli Lembaga Pengarah  di TH. Zaiton dilaporkan seorang yang bermasalah integriti tetapi sangat berkuasa di TH. Bagaimana seorang ALP yang berkepentingan dalam Capital Intelligence Advisors Sdn Bhd terbit Sukuk merugikan GLC seperti TH dilantik dalam TH?

[ARTIKEL BERKAITAN- Tabung Haji dalam bahaya, integriti Zaiton Hassan pengarah baru dipersoal ]

Siri pembongkaran Sabahkini2 Part1 dan Part 2 mendedahkan siapa Datuk Zaiton Hassan dan Dato Zukri Samat

[ARTIKEL BERKAITAN- Part 1: Zaiton Hasan dan Tabung Haji dari transaksi merugikan kepada balas dendam]

[ARTIKEL BERKAITAN- (Part 2) Zaiton Hasan dan Tabung Haji : 'Kaki putar belit' akhirnya makan diri]

Kabinet Pakatan Harapan ketika itu juga menetapkan Bank Negara Malaysia (BNM) kekal menyelia Lembaga Tabung Haji (TH) atas arahan Lim Guan Eng Menteri Kewangan Malaysia.

Kabinet PH Sahkan BNM, Lim Guan Eng menyelia dan menjual aset Tabung Haji

Tugas  Zukri CEO TH dan Zato’ Zaiton Hasan hanyalah menasihat Mujahid memindahkan semua  Tabung Haji (TH) bernilai RM19.9 billion kepada sebuah SPV (Urusharta Jamaah Sdn Bhd) bawah Prokhas Sdn Bhd yang mana CEOnya bukan Islam iaitu Chen Yin Heng.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kabinet PH Sahkan BNM, Lim Guan Eng menyelia dan menjual aset Tabung Haji ]

Sejak dari itu semua aset TH juga dijual seperti hotel -hotel dan tanah-tanah ladangnya.

[ARTIKEL BERKAITAN- Sejak aset TH dipindah SPV milik MOF dikawal Guan Eng, saham, aset terus dijual, hotel ditutup ]

Cubaan TH Plantations Bhd (THP) melupuskan keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam Bumi Suria Ventures Sdn Bhd (BSV) dan Maju Warisan Sdn Bhd (MW) kepada Tamaco Plantation Sdn Bhd keluarga ‘Lim’ pada harga RM170 juta mengundang kemarahan rakyat.

Selepas diserang bertalu-talu 8 Disember 2020 Kerajaan PN akhirnya mengumumkan menarik balik keputusan menjual anak syarikat TH Plantations Bhd, Bumi Suria Ventures Sdn Bhd (BSV) dan Maju Warisanmas Sdn Bhd (MWM) itu kepada Tamaco Plantation Sdn Bhd (Tamaco).

Sejak aset TH dipindah SPV milik MOF dikawal Guan Eng, saham, aset terus dijual, hotel ditutup

Kini majoriti ALP TH sudah dinyahkan daripada Lembaga Pengarah Tabung Haji. Hanya tinggal Bekas Pengerusi TH dan CEO lantikan PH serta saki-baki pendokong PH masih berada dalam Tabung Haji. Mereka sedang menyusun TH dengan agenda masing-masing.

Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO TH Baharu

Pada 23 Ogos 2019 selepas pelbagai kemelut melanda TH akhirnya Zato Zukri Samad digantikan dengan Nik Mohd Hasyudeen Yusoff ‘Pendokong Parti Amanah’ tegar mengetuai  CEO TH berkuat kuasa 1 September 2019.

Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa sangat berbangga dengan pelantikan CEO PAN ini. 

 

CEO melemahkan TH

Hari ini beliau menjadi CEO TB Nik Mohd Hasyudeen Yusoff sudah dihambur dengan surat layang dan pelbagai aduan daripada warga TH mengenai skandal pengurusannya. Pengurusan TH dilihat caca-marba. Pelantikan penasihat bukan islam  TH bernama Soh Mey Lee sehingga dibayar RM325 ribu, melantik pengawai tanpa temuduga dari kalangan keluarga, manipulasi ALP, cubaan mengubah Akta 535 Tabung Haji bagi menguatkan CEO, pemusatan kuasa CEO, skandal sewaan hotel di tanah suci, dan pelbagai lagi.

Tempoh perkhidmatan beliau bakal tamat tidak lama lagi melainkan Kerajaan PN mahu menyambung lantikan Mujahid PAN CEO Nik Mohd Hasyudeen.

Terdapat juga desas-desus TH melengahkan pelantikan CEO baharu.

Sudah tiba masa Kerajaan PN perlu merombak Pengurusan Tabung Haji.

Pengerusi TH lantikan PH sebelum ini telah membawa anak saudaranya Dato' Merina Abu Tahir 
Sebagai CFO TH. Dulu berkhidmat di MAS. MAS melingkup. Di TH Dato' Merina membelanjakan RM16 juta
pada sistem THACS yang gagal!

 

BACA LAPORAN DI BAWAH YANG TULAR DI LAMAN SOSIAL MENGENAI TH SEKARANG! WARGA TH MENGADU KEPINCANGAN,
SALAHGUNA KUASA, KRONI DAN RASUAH YANG SEMAKIN TERUK DI TH. 

Siapa Soh Mey Lee kesayangan Nik Mohd Hasyudeen Yusoff ni ?

 

6 Comments