Jangan sombong ketika Menteri dulu kamu mendapat bantuan Rela – Musa Aman
14:01 Jan 21, 2018  |  By SabahKini2
Jangan sombong ketika Menteri dulu kamu mendapat bantuan Rela – Musa Aman

Parti Warisan jangan sesekali mempelekeh orang lain. Ini bukan cara dan budaya kita untuk memperkecilkan orang lain, lebih-lebih lagi penghinaan terhadap tugas Rela

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman menasihatkan Presiden Parti Warisan jangan sesekali mempelekeh orang lain. Ini bukan cara dan budaya kita untuk memperkecilkan orang lain, lebih-lebih lagi penghinaan terhadap tugas Rela. Tidak kira kecil atau besar, sumbangan Rela penting kerana mereka memberi perkhidmatan demi kebajikan rakyat

Musa menyindir Shafie secara terbuka kerana menghina Rela sedangkan  beliau turut mendapat manfaat daripada perkhidmatan anggota Rela ketika berada dalam kerajaan.

“Ketika beliau menjadi menteri persekutuan, beliau mendapat bantuan Rela, oleh itu beliau tidak patut sombong,” katanya selepas majlis pelancaran penugasan anggota Rela di Esszone di Pusat Latihan Rela Negeri Sabah di Tuaran.

“Beliau kata Rela tidak tahu cara menggunakan senjata api, bom dan apa yang mereka tahu ialah mengawal trafik di jalan dan ketika kenduri kahwin.

“Sebagai pemimpin, saya tidak pernah memperlekehkan Rela..

Musa mempertahankan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang tugaskan berkhidmat ke Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) di pantai timur negeri itu. Ketua Pengarah Rela turut mempertahankan Rela dan menjelaskan kedudukan 500 orang anggotanya sebagai perintis di Esszone sebagai barisan kedua membantu Polis dan tentera yang digerakkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

27 September tahun lalu Dato’ Seri Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri ketika berada di Sabah mengumumkan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) diberi penghormatan lebih tinggi untuk terlibat dengan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) di atas kejayaan cemerlang mereka sebelum ini.

RELA yang pernah bertugas di rumah Shafie Apdal turut demo di depan rumah Shafie protes penghinaan terhadap RELA

1 Comment