GRS tubuh Jawatankuasa Khas tangani Setinggan, Warisan setinggan diberi tanah!
17:04 Apr 04, 2021  |  By SabahKini2
GRS tubuh Jawatankuasa Khas tangani Setinggan, Warisan setinggan diberi tanah!

Janji Warisan 100 hari gazetkan kg setinggan walaupun penghuni teramai adalah PTI.Dulu jika setinggan terbakar saja Warisan umum beri tanah. Kini GRS pula tubuh jawatankuasa tangani Setinggan.

Timbalan Ketua Menteri, Bung Moktar Radin berkata, status penduduk menyukarkan usaha kerajaan menangani masalah perkampungan setinggan di Sabah.

Sekalipun di kawasan setinggan majoritinya warga asing namun masih ada warga tempatan yang turut menetap di kawasan itu.

Bung Melawat mangsa kebakaran di Semporna

“Setinggan ini pula, ada statusnya yang tempatan dan bukan warga tempatan, jadi ini menjadi masalah kepada kerajaan untuk menentukan status mereka.

“Namun jika tidak diuruskan dari awal, saya rasa ia tidak akan mendapat hasil yang lebih baik dan setinggan ini akhirnya akan makin berkembang sehingga tanah kerajaan yang hendak dibangunkan pun dijadikan petempatan setinggan, termasuk di kawasan bandar,” katanya ketika ditemui selepas melawat mangsa kebakaran di Kampung Simunul, Semporna, semalam.

Bung yang juga menteri kerja raya negeri berkata, kerajaan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menangani masalah perkampungan setinggan di Sabah.

Katanya, dengan adanya jawatankuasa berkenaan, masalah setinggan akan dapat dibincangkan secara lebih terperinci dalam Kabinet negeri.

“Di Sabah, banyak kampung yang bertaraf setinggan dan ia berlaku apabila mula-mula hanya 10 rumah, kemudian 20, 200 dan akhirnya menjadi 2,000 rumah.

”Sukar untuk dikawal apabila ia sudah merebak dan sekiranya berlaku kejadian malapetaka seperti kebakaran, satu kampung pun terlibat.

“Perkara ini sudah dibincangkan dalam Kabinet negeri dan kita cuba merancang mencari kawasan tanah untuk dijadikan pusat pemindahan masyarakat setinggan,” katanya.

Semalam Shafie Apdal Ahli Parlimen Semporna turut melawat Kg Simunul yang terbakar selepas 24 jam menghilang. Disindir 'Shafie Hilang' Shafie akhirnya muncul di Semporna walauppun telah lama tidak melawat kawasan itu.

Warisan dan setinggan di Sabah

Ketika Warisan menjadi kerajaan 26 bulan apa mereka buat untuk menangani isu kg setinggan? Janji mereka ialah 100 hari Warisan berkuasa mereka mahu menggazetkan kg setinggan dan meluluskan tanah kg baharu tidak mengira pun status penduduk setinggan di kawasan itu. Pendatang Asing atau warga tempatan. 

Janji Azis Jamman Ahli Parlimen Sepanggar

Digazet kemudian tidak disusun malah PTI dibiarkan berleluasa menceroboh tanah kerajaan. Lihat saja Kg Numbak Sepanggar jadi lubuk PTI dan pusat pengedaran dadah. Ketika kes Covid-19 merebak Kg Numbak Sepanggar antara menyumbang kluster Covid-19 di Sabah. 

Setinggan Kg Numbak majoriti dihuni PTI

[ARTIKEL BERKAITAN- Janji 100 hari Warisan diteruskan Kg Numbak dan setinggan Sepanggar digazetkan? ]

Malah terdapat percubaan daripada pejabat Ketua Menteri Sabah (Shafie Apdal) ketika itu mewujudkan kampung baharu (setinggan) di tapak perkampungan Kg Warisan Jaya di Sepanggar yang dipohon oleh Encik Satar Lipae Pengerusi Penyelaras Kg Warisan. Banyak lagi isu-isu tanah melibatkan kampung setinggan yang gagal diselesaikan warisan sebelum ini.

[ARTIKEL BERKAITAN-  Terbongkar Kg Misteri Kg Warisan Jaya bakal diluluskan Shafie Apdal di Sepanggar ]

Paling mengundang amarah rakyat ialah 24 Julai 2018 selepas terbakarnya rumah setinggan  di Kampung Cenderamata Dua di Likas Warisan cuba memberi tanah kepada mangsa kebakaran di tanah tradisi Bajau di Kg Darau. Penduduk Sepanggar Kg Darau menentang rancangan Azis Jamman dan Warisan ketika itu. Akhirnya pemindahan itu dibatalkan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Penempatan transit setinggan Likas, penduduk Kg Darau bantah Ahli Parlimen Sepanggar]

[ARTIKEL BERKAITAN- Protes 'Darau Bantah' tolak Penempatan Setinggan Ahli Parlimen Sepanggar ]

Protes 'Darau Bantah' tolak Penempatan Setinggan Ahli Parlimen Sepanggar

13 Mac lalu sempena lawatan Shafie Apdal melawat mangsa kebakaran Pulau Gaya Shafie kenyataan media menyarankan kerajaan negeri untuk menyusun semula rancangan pembangunan rumah-rumah atas air di kawasan tebing laut dan kepulauan bagi memastikan insiden kebakaran dapat ditangani dengan baik.

Persoalanya apa Shafie dan Warisan buat dahulu ketika berkuasa? mengapa tak susun tunjukkan ketika itu mereka boleh melaksanakannya?

Robohkan setinggan

Kerajaan bertindak tegas terhadap PTI yang membina rumah setinggan di tanah Kerajaan. Baru-baru ini Kerajaan Negeri merobohkan lebih 80 rumah Setinggan Kampung Cenderakasih, Kolombong Kota Kinabalu. Malah warga Palauh Stateless yang berkhemah cara haram di Sembulann turut ditangkap.

[ARTIKEL BERKAITAN -Dulu Warisan lindungi, Kini GRS Roboh 85 rumah setinggan PATI Kg Cenderakasih KK]

Dulu Warisan lindungi, Kini  GRS Roboh 85 rumah setinggan PATI Kg Cenderakasih KKRumah setinggan PTI di Kg Cenderakasih Kolombong

Turut bertindak ialah Menteri Pertanian dan Perikanan, Jeffrey Kitingan akan merobohkan rumah setinggan  yang menceroboh tanah milik Jabatan Perikanan di sekitar Kampung Unggun, di Menggatal.

Terdapat aduan orang tempatan berhubung perkampungan setinggan yang didirikan di kawasan itu.

Kawasan Kg Unggun

Katanya, penceroboh disyaki pendatang tanpa izin (PTI) itu bukan sahaja membina rumah secara haram, malah membahagikan lot untuk aktiviti penanaman sayuran.

”Tanah seluas 380 ekar berkenaan digazet untuk Jabatan Perikanan, maka kerajaan negeri mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang mengikut Ordinan Tanah Sabah (Bab 68).

”Pihak DBKK (Dewan Bandaraya Kota Kinabalu) juga berkuasa mengambil tindakan mengikut Undang-Undang Kecil (Bangunan) 1951 atau peraturan lain berkenaan isu pengunaan tanah,” katanya.

Jeffrey berkata, aktiviti berkenaan dipercayai berlarutan sejak sekian lama berikutan jumlah rumah haram di Kampung Unggun mencecah 300 buah di kawasan tanah seluas 100 ekar.

Katanya, beberapa laporan polis telah dibuat seterusnya membawa kepada perobohan beberapa rumah haram di kawasan itu, termasuk pemotongan penyambungan elektrik secara haram dalam operasi membabitkan beberapa agensi.

Masalah setinggan perlu diperangi khususnya yang melibatkan warga asing dan Pendatang Tanpa Izin (PTI). Bagi Warganegara tempatan dikenal pasti wajar dibantu seperti memberikan mereka rumah PPR atau tumpangan.

4 Comments