Bahana 'degil' 19 mahasiswa positif, kini tiga Kolej Kediaman UMS dikenakan PKPD
16:04 Apr 05, 2021  |  By SabahKini2
Bahana 'degil' 19 mahasiswa positif, kini tiga Kolej Kediaman UMS dikenakan PKPD

Sebelum ini mahasiswa UMS protes larangan keluar kampus sebagai tidak adil dan sekat kebebasan. Hari ini 133 pelajar telah disaring & 19 mahasiswa disahkan positif Covid-19.

Kerajaan telah melaksanakan perintah kawalah pergerakan diperketatkan (PKPD) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu, Sabah setelah berlakunya penularan Covid-19 di kawasan terbabit.

Menteri Kanan (kluster keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD di universiti tersebut dilakukan setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam jawatankuasa teknikal perintah kawalan pergerakan (PKP) serta mendapatkan nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tiga kolej kediaman (KK) UMS yang ditetapkan PKPD adalah di KK Tun Mustapha, KK Tun Fuad dan KK Tun Pengiran Ahmad Rafae.

Sehingga kini, jelas Ismail, seramai 133 pelajar telah disaring dan 19 mahasiswa disahkan positif Covid-19.

“KKM mengesahkan telah berlaku penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan penghuni di ketiga-tiga kolej kediaman tersebut dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi,” katanya.

Ismail turut menambah, pelaksanaan PKPD bagi UMS akan bermula 5 April sehingga 18 April.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan pergerakan penghuni dapat dikawal bagi mengelakkan penularan COVID-19 ke komuniti luar kolej kediaman,” jelasnya.

Sementara itu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun turut memaklumkan kerana penularan itu di UMS dan bersetuju 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐞𝐭𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 (𝐏𝐊𝐏𝐃) 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝟓 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟏𝟖 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟏 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐫𝐚𝐬 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧.

Awal Mac lalu terdapat segolongan mahasiswa UMS memprotes kerajana dan UMS langkah menyekat mereka keluar daripada Universiti. Hari ini UMS dilaksanakan 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐞𝐭𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 

 

Antara mesej yang tular di laman sosial FB dan aplikasi WhatsApp
 
 
Kluster kes Covid-19 UMS dinamakan sebagai Kluster Banjaran Gading kategori tempat kerja. Kluster ini merupakan kes no.347146 mahasiswa UMS yang positif Covid-19 pada 2 April 2021. Kes mula dikesan pada 25 Mac 2021.
 
 
218 Comments